Friday, 1 September 2006

BAJET ALTERNATIF JAUH LEBIH MESRA RAKYAT DARI BAJET KERAJAAN BN 2007


Dua hari sebelum pembentangan bajet 2007, parti pembakang, PAS, mengumumkan ‘bajet alternatif’ yang turut mencadangkan pelaksanaan dasar gaji minima RM1,000.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, bajet alternatif itu mencadangkan cara untuk menangani pelbagai kelemahan dalam pengurusan ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Salah pengurusan ekonomi bukan sahaja akan menjejaskan kerajaan tetapi juga semua orang,” kata Nasharuddin dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Cadangan bajet tersebut termasuklah peruntukan untuk menyalurkan keuntungan syarikat minyak negara, Petronas kepada subsidi minyak serta mengembalikan harga minyak ke paras asalnya RM1.62 – harga sebelum kenaikan 30 sen Februari lalu.

Langkah-langkah lain untuk meringan beban rakyat termasuk menggantung kenaikan tarif harga air dan elektrik; bayaran dua bulan bonus kepada kakitangan kerajaan dengan had maksima RM15,000 dan rebet cukai seanyak RM250 untuk barangan berkaitan persekolahan anak-anak.

Selain itu, bajet itu juga mencadangkan penggantungan kenaikan bayaran tol dan menyemak semula perjanjian konsesi yang membenarkan PLUS menaikkan bayaran kadar tol setiap tahun sehingga 2018.

Ia juga mencadangkan pengurangan cukai individu daripada 28 kepada 25 peratus mulai tahun kewangan 2007.

“Ini adalah masanya untuk memulihkan kuasa berbelanja rakyat,” kata Nasharuddin.

Galak aktiviti perniagaan

‘Bajet alternatif’ itu merujuk kepada sebuah laporan Bank Pembangunan Asia yang bertajuk ‘Tinjauan Pembangunan Asia 2006' yang meletakkan Malaysia di ranking 21 daripada 155 negara – di belakang Singapura, Hong Kong dan Thailand – dalam ‘indeks mudah menjalankan perniagaan’

“Di sini (di Malaysia) wujud terlalu banyak peraturan dan banyak agensi pengaturseliaan yang fungsi mereka bertindih antara satu sama lain sehingga ia melambatkan aktiviti perniagaan,” tambah Nasharuddin.

Oleh itu, ‘bajet alternatif’ itu, antara lain, mencadangkan seperti berikut:

– Penubuhan sebuah pasukan petugas yang diberi kuasa untuk mengkaji penindihan fungsi agensi-agensi serta mengakaji semula peraturan yang membebankan ekonomi.

– Mengurangkan cukai korporat daripada 28 kepada 25 peratus.

– Memberi ‘status perintis’ kepada industri makanan halal dan perniagaan kecil dan sederhana (SME) bagi menikmati insentif di bawah Akta Promosi Pelaburan 1986.

– Menaikkan Dana untuk Makanan (FFF) kepada RM2.5 bilion (sekarang RM1.3 bilion) bagi mengurangkan import makanan.

– Penentuan harga berorientasikan pasaran bagi beras supaya petani menerima pulangan yang munasabah daripada pelaburan mereka serta memacu industri tanaman padi.

– Mengurangkan duti eksais kenderaan sebanyak 20 peratus.

Langkah-langkah lain yang dicadangkan dalam bajet alternatif itu termasuk meletakkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Petronas di bawah pengawasan Parlimen.

Kesimpulannya, badan alternatif itu menyatakan, pengurusan kewangan dan dasar fiskal yang berhemah yang menguntungkan rakyat dan masyarakat peniaga, akan menghasilkan pembangunan ekonomi yang sihat dan memastikan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang sama rata.

Ketika menjawab soalan media, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang turut menghadiri di sidang akhbar tersebut berkata, parti itu bersetuju dengan keperluan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam pelaburan terus asing (FDI), dengan syarat hanya usahawan yang layak sahaja dipilih.

“Mereka (pelabur asing) tidak mahu rakan kongsi yang tidak aktif, yang tidak berbuat apa-apa dan hanya menerima gaji bulanan,” katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59