Thursday, 7 September 2006

AS KECUT DENGAN KEHEBATAN SENJATA IRAN










TANDINGI AMERIKA: Jet pejuang Iran, Saegheh dikatakan
mengatasi kemampuan F-18 milik Amerika Syarikat.


TEHERAN 7 SEPT : Iran semalam mengumumkan dua kehebatan ketenteraannya apabila menunjukkan jet pejuang terbarunya yang didakwa lebih hebat daripada jet pejuang F-18 Amerika Syarikat serta bom kawalan jauh seberat 900 kilogram.

Jet pejuang itu dikenali nama Saegheh atau kilat, manakala bom itu ‘Ghased’ atau bermaksud ‘Perutusan.’ Kedua-dua pelengkap ketenteraannya itu adalah sebahagian daripada usaha Teheran mempertingkatkan kekuatan pertahanannya.

Jet pejuang yang dipamerkan dalam satu latihan tentera besar-besaran di negara Islam berkenaan juga dikatakan mampu melancarkan roket, menggugurkan bom selain dilengkapi sistem radar terkini.

“Pesawat pengebom Saegheh itu sama seperti F-18 tetapi jauh lebih kuat. Reka bentuknya dan keupayaannya dipertingkatkan oleh pakar Iran sendiri. Kami yang merekabentuk dan menghasilkannya dengan usaha sendiri. Tiada negara asing terbabit membantu usaha itu.

“Malah, ia kini secara rasminya menjadi sebahagian daripada kekuatan angkatan tentera mulai hari ini,” kata pegawai kanan tentera Iran, Jeneral Attollah Salehi yang dipetik agensi berita rasmi IRNA.

Pasukan tentera udara Iran melancarkan Saegheh selepas beberapa penerbangan ujian sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Mostafa Mohammad Najjar yang dipetik agensi berita ISNA berkata, bom kawalan jauh itu juga hasil usaha anak tempatan.

“Selaras usaha Iran meningkatkan keupayaan pertahanan, kami merangka dan mengeluarkan sendiri bom kawalan jauh seberat 2,000 pound berkenaan,” katanya.

Bom itu lazimnya menggunakan teknologi laser supaya lebih tepat mengenai sasaran. Bom jenis itu juga banyak digunakan oleh tentera udara negara lain.

Pihak tentera darat, udara dan laut Iran mempamerkan kehebatan masing-masing termasuk peralatan barunya sejak sebulan lalu dalam Latihan Tentera Zolfaghar Blow yang kebetulan timbul ketika Teheran menjadi sasaran kecaman kerana program nuklearnya.

Sementara itu sumber-sumber dalaman Iran dilaporkan menyatakan kira-kira 2 juta pemuda sudahpun mendaftar diri untuk menjadi pengebom berani mati jika Amerika menyerang Iran. Ini merupakan tamparan hebat bagi Amerika yang mana askarnya terkenal dengan takut mati dalam menghadapi peperangan.

SYABAS IRAN

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59