Friday, 8 September 2006

Amerika akan tembak pesawat penumpang diancam pengganas


Amerika Syarikat akan memintas dan jika perlu menembak mana-mana pesawat penumpang termasuk dari negara itu sendiri yang diancam pengganas sebagai langkah melindungi lebih banyak nyawa di darat, kata seorang pegawai kanan kerajaan Amerika hari ini.

"Itulah realiti kejam pada hari ini," kata Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Keselamatan Dalam Negeri, Paul McHale dalam satu taklimat kepada wartawan dari enam agensi berita menjelang memperingati serangan pengganas pada 11 September 2001.

Demi melindungi negara, katanya, Amerika tidak membezakan sama ada pesawat seperti itu milik tempatan atau asing.

Menurut laporan Bernama, McHale tidak menjelaskan siapa yang akan memberi arahan menembak pesawat yang diancam pengganas itu kerana ia adalah rahsia.
Bagaimanapun, jika sesebuah pesawat dirampas oleh pengganas, keputusan yang penting perlu dibuat oleh beberapa pegawai kanan tentera.

Menurut McHale, ekoran serangan pesawat penumpang yang merempuh bangunan kembar World Trade Center di New York dan bangunan Pentagon di Washington, ancaman yang dihadapi Amerika Syarikat dalam abad ke-21 ini berlainan daripada yang berlaku semasa Perang Dingin.

Amerika, katanya, telah menyusun semula penguatkuasaan undang-undang dan tenteranya bagi membendung ancaman pengganas yang mungkin melancarkan serangan di beberapa lokasi.

Dalam berdepan dengan ancaman ini, tambahnya, Amerika memerlukan kerjasama negara lain daripada segi maklumat perisikan dan kemampuan operasi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59