Tuesday, 1 August 2006

YAHUDI BERTEKAD UNTUK TAKLUK DUNIA ISLAM DAN DUNIA KESELURUHANNYA


BAITULMAQDIS 1 Ogos – Memang menjadi matlamat yahudi untuk menguasai dunia terutamanya menghapuskan Islam yang jelas menjadi musuh utama mereka. Malah yahudi melabel bangsa selain dari yahudi adalah umpama binatang yang tiada nilai di sisi mereka. Sebab itulah mereka tergamak membunuh sesiapa sahaja hatta kanak-kanak dan bayi yang tidak mengerti apa-apa.

Media hari ini melaporkan bahawa Israel bertekad memperhebatkan serangannya ke atas Lebanon dengan mendakwa gencatan senjata yang diadakan dengan segera hanya akan menggalakkan puak pelampau.

Rejim Yahudi itu juga meramalkan perangnya menentang Hizbullah akan “mengubah wajah rantau Asia Barat.”

Menteri Pertahanan Amir Peretz berkata, Israel tidak boleh mempersetujui gencatan senjata segera walaupun telah menangguhkan serangan udara selama 48 ekoran kemarahan antarabangsa terhadap pembunuhan lebih 50 penduduk awam di kampung Qana, selatan Lebanon semalam.

“Israel akan meluaskan operasinya memerangi Hizbullah,” kata Peretz pada sidang tergempar di Parlimen hari ini.

Ucapan beliau telah berkali-kali dikecam oleh ahli-ahli Parlimen Israel berketurunan Arab, termasuk dua yang diusir dari dewan.

“Tentera bersedia untuk menunaikan objektif yang digariskan oleh kerajaan. Walaupun saya mahukan perdamaian, saya menegaskan kita tidak boleh menerima gencatan senjata segera,” kata Peretz yang pernah menganggotai gerakan perdamaian Israel, Peace Now.

Peretz mendakwa serangan Israel akan mengubah rantau ini dan beliau sekali lagi menuduh Iran membiayai dan menyokong Hizbullah di selatan Lebanon.

“Perang ini akan mengubah wajah rantau ini. Kita bertekad untuk meneruskan perang ini demi mempertahankan tanah air kita,” katanya.

Beliau juga menuduh kerajaan Lebanon membiarkan penduduk di selatan Lebanon dikuasai oleh Hizbullah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Cuba lihat ini. www.heliconia.wordpress.com

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59