Friday, 18 August 2006

Umno BERGADUH KERANA DUA PERKARA


MELAKA 18 OGOS : 'Orang Kampung' semua dah tahu bahawa Umno biasanya bergaduh kerana dua perkara iaitu harta (projek) dan pangkat (kuasa). Itu sebab rata-rata ornag yang menyertai dan berjuang dalam Umno sekarang adalah untuk dua perkara tersebut.

Ramai juga pemerhati politik berkata serangan Dr Mahathir kepada Pak Lah sekarang ini pun disebabkan perkara tersebut. Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.

Isu-isu yang lebih besar iaitu isu murtad dan isu kedaulatan Islam tidak menjadi hal kepada mereka.

Inilah juga berlaku kepada Umno Shah Alam yang bergolak sekarang.

Media hari ini melaporkan bahawa ketiga-tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Shah Alam – Setiausaha Umno bahagian, Shamsudin Hashim, Datuk Manan Mohd Said (Bendahari) dan Md. Taib Mat (Ketua Penerangan) – menafikan dakwaan bahawa meletak jawatan kerana tidak dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sebaliknya, mereka mahu jawatan tersebut dikekalkan kepada Ketua Puteri Bahagian Shah Alam, Jameah Badri untuk tempoh sepenggal lagi selama selama dua tahun.

Salah seorang daripada mereka memberitahu malaysiakini, mereka bertiga membantah perlantikan Shahrin Ahmad, pegawai khas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ahmad Nawawi Md Zin sebagai Ahli Majlis MBSA kerana tidak cukup syarat, iaitu bukan ahli jawatankuasa pengurusan parti dan masih baru dalam parti.

Katanya, Ahmad Nawawi sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Shah Alam memaksa mereka menyokong cadangan untuk melantik Shahrin sebagai Ahli Majlis MBSA.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hari itu gagal membuat sebarang keputusan sama ada cadangan itu diterima atau sebaliknya.

“Mesyuarat yang diadakan pada 7 Julai itu dipengerusikan oleh Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Salamon Selamat serta dihadiri oleh lapan AJK lain, termasuk Ahmad Nawawi.

“Bagaimanapun, Ahmad Nawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik telah meninggalkan majlis sebelum mesyuarat tamat,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat berlangsung dalam keadaan agak panas kerana salah seorang daripada mereka bertanya kepada Salamon sama ada keputusan mesyuarat itu adalah keputusan Salamon atau Jawatankuasa Pengurusan Umno Bahagian?

Katanya, jika ia keputusan Ketua Bahagian, mereka akan akur kerana beliau mempunyai kuasa untuk melantik Ahli Majlis Shah Alam sebagai wakil Umno bahagian.

Salamon, bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan sebaliknya memberitahu bahawa beliau tidak mahu mengekalkan Jameah sebagai Ahli MBSA kerana masih baru dalam parti.

“Jawapan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati kami kerana baru sekarang beliau mempersoalkan perkara tersebut sedangkan beliau tidak bercakap sewaktu melantiknya sebelum ini.

“Mengapa Ketua Bahagian, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda boleh menjadi ahli MBSA tetapi tidak mahu melantik Ketua Puteri,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, beberapa hari selepas mesyuarat itu, Salamon membuat pengumuman bahawa mesyuarat pengurusan Umno bahagian bersetuju untuk melantik Shahrin, Salamon, Datin Niswaty Dimyati (Ketua Wanita bahagian) dan Zulkarnain Md Ruslan (Naib Ketua bahagian) sebagai ahli Majlis Shah Alam.

Jurucakap itu berkata, pengumuman tersebut merupakan satu pembohongan kerana mesyuarat tersebut tidak membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Berikutan itu, katanya, Shamsudin, Manan dan Md Taib mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Salamon.

Beliau juga mendakwa, selepas mesyuarat, Nawawi telah menelefon mereka bertiga dan memarahi mereka kerana tidak menyokong cadangan melantik Shahrin sebagai Ahli Majlis Shah Alam.

SAMPAI BILAKAH PEMIMPIN DAN AHLI UMNO HENDAK SEDAR DAN INSAF. BENARLAH KATA ORANG BAHAWA HANYA MATI YANG DAPAT MEMISAHKAN NAFSU MANUSIA YANG SENTIASA MAHUKAN KUASA DAN HARTA

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59