Thursday, 17 August 2006

TUMBANGKAN KERAJAAN SEBAGAI SATU CARA BERKESAN ATASI MASALAH MURTAD


PERMATANG PASIR, ALAI 17 OGOS : Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dr Badrul Amin Baharon menegaskan hanya satu cara sahaja yang berkesan untuk menangani gejala murtad sekarang iaitu dengan menumbangkan kerajaan Islam Hadhari sekarang.

"Kita mesti tumbangkan kerajaan pimpinan Abdullah Badawi Islam Hadhari kerana kerajaan sekarang langsung tidak mengambil tindakan sewajarnya menangani isu ini. Kita mesti mengundi PAS, PKR iaitu BA dalam pilihanraya akan datang" katanya.

"Malah Abdullah Badawi sendiri mengarahkan semua perbincangan tentang isu kumpulan Artikel 11, IFC dan kedaulatan Islam ini dihentikan segera" tambah beliau lagi.

Beliau juga menambah bahawa ada di kalangan menteri-menteri Islam Hadhari sendiri menyokong kumpulan-kumpulan Artikel 11, IFC dan Sisters In Islam.

Dalam ucapan beliau Badrul Amin juga menyatakan beliau sanggup menggadaikan nyawa sekalipun demi untuk mempertahankan kedaulatan Islam ini.

Beliau menyatakan demikian sewaktu berucap di Surau Ustaz Ali disini dalam ceramah isu murtad yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Front Bertindak Anti Murtad (FROKAD).

Sementara Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Us Norazli Musa menegaskan bahawa Pemuda PAS akan pergi membuat demonstrasi dan bantahan dimana sahaja Forum kumpulan Artikel 11 dianjurkan.

"Kita tidak akan membiarkan agama kita dikacau dan diperkotak-katikkan, kita sanggup mati kerana agama" tegas beliau yang terkenal dengan nama Ustaz Taliban.

Norazli yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Frokad juga menyatakan selagi kerajaan Islam Hadhari dibiarkan memerintah selagi itulah gejala murtad ini akan terus berlaku kerana undang-undang murtad tidak dilaksanakan di negara ini serta kerajaan Islam Hadhari yang berkuasa sekarang ini sebenarnya telah tunduk dengan beberapa tuntutan IFC.

"Cuba saudara-saudari lihat Surat Beranak kanak-kanak yang lahir selepas 2006, sudah pasti agama kanak-kanak itu sudah tidak ditulis lagi, ini menunjukkan bahawa tuntutan kumpulan IFC telahpun dipenuhi oleh kerajaan"tegas Us Norazli.

Seorang lagi penceramah iaitu Us Riduan Mohd Nor yang merupakan Pengerusi FROKAD menceritakan bahawa ulama'-ulama' terdahulu sanggup mati mempertahankan Islam tetapi ulama'-ulama' kerajaan yang ada pada hari ini langsung tidak sensitif terhadap isu murtad ini walaupun ratusan ribu umat Islam Malaysia terdiri dari orang melayu telah murtad.

"Inilah bahayanya apabila golongan ulama' sudah jumud dan beku. Kita takut apa yang berlaku di Indonesia apabila Islam Liberal diamalkan di sana akan juga menular ke Malaysia" kata beliau.

Antara ajaran Islam Liberal yang sangat merbahaya ialah kepercayaan bahawa semua agama adalah sama yang tidak berbeza.

"Sudah sampai masanya kita berusaha keras menyedarkan masyarakat supaya kembali kepada Islam sebenar dan bersedia untuk menumbangkan kerajaan Islam Hadhari demi untuk kedaulatan agama kita dalam Pilihanraya Umum akan datang" jelas Riduan mengakhiri ucapan.

Turut berucap dalam program malam tadi adalah Ketua DPP Negeri Melaka, Us Kamaruddin Sedik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59