Tuesday, 15 August 2006

TIDAK LANGSUNG TERSELIT DALAM LUBUK HATI PIMPINAN Umno BAHAWA MURTAD ADALAH ISU YANG MERUNCING


PARIT BUNTAR , 15 Ogos : Seluruh pimpinan Umno sekarang ini terasa panas dan berbahang dengan kritikan dan dakwaan bekas 'boss' mereka Dr Mahathir. Setiap hari 'wirid' mereka hanyalah memikirkan bagaimana hendak menghalang Dr Mahathir dari berjumpa ahli Umno dan juga bagaimana cara untuk menjawab segala dakwaan dan tuduhan Dr Mahathir.

Isu besar yang sedang melanda umat Islam di Malaysia sekarang iaitu isu murtad sedikitpun tidak menjadi kegusaran bagi mereka. Sekarang puak-puak yang berusaha untuk menjahanamkan kedaulatan Islam berusaha setiap saat untuk menghancurkan Islam melalui media, forum, sebaran risalah, filem, memo dan sebagainya, tidak diendahkan oleh mereka.

Oleh kerana itulah hampir semua ucapan perasmian persidangan Umno tidaklah langsung menyentuh isu murtad ini kerana pada mereka ianya tidak penting.

Sebagain contoh semasa berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Parit Buntar, Perak, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahukan musim Persidangan Perwakilan UMNO di seluruh negara sekarang dijadikan medan oleh para pemimpin parti untuk menjelaskan kritikan pedas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara.

Beliau langsung tidak menyentuh isu murtad, isu kedaulatan Islam dan isu moral yang sedang melanda negara kita.

Inilah bahananya apabila kita tersalah pilih pemimpin.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59