Monday, 28 August 2006

TIADA PENINGKATAN EKONOMI MELAYU SALAH SIAPA KALAU BUKAN SALAH Umno.


KUALA LUMPUR 28 Ogos – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa tiada peningkatan terhadap perkembangan ekonomi Melayu dalam tempoh 16 tahun sejak 1990.

Menurutnya, penguasaan ekonomi Melayu setelah 20 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada 1970 berjaya mencapai 18 peratus pada 1990 dan kedudukan itu tidak meningkat sehingga hari ini.

‘’Walaupun kek ekonomi negara semakin membesar sebanyak 5 hingga 6 peratus setahun, ekonomi dunia kian bertambah dan jumlah perdagangan dijangka mencecah RM1 trilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun penguasaan ekonomi Melayu masih tidak banyak berubah,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Ini jelas menunjukkan Umno yang teras pemerintahan di Malaysia gagal membela nasib orang Melayu. Hal ini perlu disedari oleh orang Melayu.

"Yang kaya hanyalah segelintir orang melayu yang rapat dengan Umno dan pemimpin negara. Keseluruhannya Orang melayu jauh tertinggal ke belakang" jelas Hamzah Yusof Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Muhyiddin seterusnya berkata, satu tindakan drastik perlu dilakukan, tidak sekadar bercakap tetapi perlu ada perubahan minda atau transformasi pemikiran di samping turut melakukannya.

Memang kata-kata beliau tepat pada masanya. Perubahan mesti dilakukan yang antara lainnya ialah hapuskan rasuah, amalan kronisme dan nepotisme di mana kekayaan dan projek-projek dibolot oleh segelintir orang melayu yang berada di sekeliling orang-orang besar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59