Monday, 28 August 2006

TAK SESUAI ATAU TAKUT SEBENARNYA?


Bermacam-macam pandangan yang diberikan oleh 'juak-juak' Imam Hadhari tentang hasrat Dr M untuk bertanding menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu dalam Persidangan Umno nanti.

Tetapi kita tahu sebenar pandangan tersebut adalah pandangan orang yang takut dan pengecut.

Luar biasa dan kurang sesuai - itu antara pendapat beberapa pemimpin Umno terhadap hasrat bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan diri bertanding sebagai perwakilan ke perhimpunan agung parti itu November ini.

Menurut mereka walaupun parti tidak melarangnya, ia ada suatu yang pelik dan tidak wajar dilakukan oleh seorang bekas pemimpin tertinggi Umno.


"Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno di mana bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno mahu bertanding di dalam G7 dan menjadi perwakilan," kata anggota Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.

(G-7 ialah gelaran kepada kumpulan tujuh orang anggota parti yang terpilih untuk mewakili bahagian Umno bagi menghadiri perhimpunan agung).

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata Umno tidak akan menganggu hak Dr Mahathir dan di dalam isu ini, kuasa penentu adalah ditangan anggota Umno bahagian Kubang Pasu.

Menurut laporan Bernama, Menteri Luar itu turut menasihati Dr Mahathir agar memikirkan tindakannya itu dengan penuh kewajaran.

" Pelbagai andaian akan diutarakan berikutan tindakan Dr Mahathir itu," katanya selepas perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi di Kota Tinggi.

Majlis Tertinggi Umno pada mesyuaratnya di Kuala Lumpur semalam menegaskan Umno tidak menghalang Tun Dr Mahathir bertanding menjadi perwakilan dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata terserah kepada Umno Bahagian Kubang Pasu untuk membuat pemilihan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang merasmikan persidangan perwakilan Bahagian Kota Tinggi itu pula berkata: "Pelik pun tidak, hairan pun tidak, tetapi ia luar biasa sedikit. Dan Umno mahu mengetahui apakah sebab di sebalik kesanggupan Dr Mahathir itu dan isu-isu yang mahu diketengahkan serta tujuannya."

Nasihat tertutup

Di Kota Bharu, Naib Presiden Umno yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamed Ali Rustam berkata secara peribadi, beliau merasakan tindakan Dr Mahathir itu tidak sesuai bagi seorang yang pernah memegang jawatan presiden Umno.

"Banyak lagi saluran lain yang boleh digunakan Dr Mahathir untuk menyampaikan pandangannya kepada parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu.


"Kalau ada apa-apa nak nasihat dia boleh nasihat secara tertutup. Kalau nak sampai pandangan boleh berjumpa, takkan nak sampai pandangan di khalayak ramai, tak berapa cantiklah, tapi terpulang kepada Tun (Dr Mahathir) kerana beliau bijaksana," katanya.

Di Kuala Pilah, seorang lagi anggota MT Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata Dr Mahathir tidak perlu merendahkan martabatnya sebagai seorang negarawan untuk menjadi anggota perwakilan pada perhimpunan agung Umno.

Katanya, walaupun Umno tiada sekatan kepada mana-mana anggota yang berhasrat menjadi pewakilan, tetapi itu mungkin hanya relevan kepada anggota lain kerana Dr Mahathir pernah menjadi nombor satu dalam parti.

"Tak seharusnya kedudukan beliau terlalu rendah. Saya fikir Tun mesti ada penasihat. Seperti kitab lama ia perlu diletakkan di tempat tinggi. Kalau diletakkan di lantai saya khuatir ia kelak nanti dipijak orang.

"Kita tidak mahu keadaan Tun begitu. Kita menghormati beliau. Kalau nak merendah diri sekalipun biarlah dalam situasi sepatutnya," kata Timbalan Menteri Penerangan itu kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Pilah.

Sumber : Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59