Thursday, 10 August 2006

STOPA AKUI 60,000 SISWAZAH MENGANGGUR. ITU TIDAK TERMASUK YANG TAK DAFTAR


PUTRAJAYA 10 OGOS : Jumlah siswazah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menganggur di negara yang berjumlah dalam lingkungan 60,000 orang jelas menampakkan kelemahan kerajaan dalam menangani isu pengangguran ini. Malah jumlah ini kemungkinan jauh lebih besar jika ianya termasuk penganggur yang tidak mendaftar dengan agensi kerajaan. Isu ini telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya dan gagal ditangani dengan berkesan walaupun menteri telah bertukar.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapha Mohd atau lebih manja di panggil Stopa mengakui hari ini bahawa 60,000 siswazah sedang menganggur tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Beliau berkata angka itu mewakili 40 peratus daripada jumlah siswazah yang sekian lama menganggur, termasuk mereka yang baru menghabiskan sesi pengajian bulan lepas.

Katanya kumpulan siswazah yang menganggur itu terdiri daripada golongan yang tidak ingin bekerja, ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan sememangnya tidak mendapat pekerjaan.

Jumlah siswazah yang menganggur ini bagaimanapun tidak tetap disebabkan perubahan yang cepat dan dinamik dalam pasaran carian kerja, kata Mustapa selepas melancarkan Sistem Kajian Pengesanan Siswazah Institusi Pengajian Tinggi Secara Dalam Talian di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya. Mustapa berkata Unit Perancang Ekonomi (UPE) sedang menyelaras angka siswazah menganggur yang diperoleh daripada tiga sumber utama dan rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Statistik dan Kementerian Sumber Manusia.

"Saya telahpun mengadakan pertemuan dengan pihak UPE dan membentangkan angka-angka berkenaan dan sekarang terpulanglah kepada pihak itu untuk membuat penyelarasan supaya satu angka yang lebih tepat dapat diperoleh dan dihebahkan," katanya.

Beliau berkata mulai 2003, Kementerian Pelajaran pada masa itu diminta menyelaras dan meneruskan kajian yang sebelumnya dikendalikan oleh UPE.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Masalah Siswazah Menganggur yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuaratnya pertengahan bulan lepas memutuskan supaya tugas penyelarasan angka siswazah menganggur yang diperoleh daripada tiga pihak berkenaan dikembalikan kepada UPE, kata Mustapa.

Mengenai sistem kajian pengesanan siswazah IPT secara dalam talian, beliau berkata kajian itu dimulakan di UiTM membabitkan 10,000 pelajarnya.

Keputusan kajian, katanya, dibuat menggunakan aplikasi komputer yang membolehkan hasilnya diketahui dalam masa dua atau tiga hari berbanding kajian secara manual yang dibuat tiga tahun lepas dengan keputusan diperoleh dalam masa dua minggu.

Beliau berkata sehingga kini kadar terimaan maklum balas di kalangan siswazah terhadap kajian itu melebihi 90 peratus membabitkan siswazah dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM, Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia dan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia.

Sistem kajian yang dibangunkan dengan kos RM100,000 itu mendapatkan sampel kajian di kalangan siswazah pada hari konvokesyen universiti dan ia diperbaharui setiap tiga bulan, kata Mustapa

Inilah akibatnya apabila sesuatu sistem atau dasar baru diperkenalkan tanpa kajian yang teliti dan menyeluruh. Jumlah pengangguran yang semakin meruncing ini juga sebenarnya berlaku kerana keadaan ekonomi negara yang agak suram di mana peluang-peluang pekerjaan baru tidak dapat diiwujudkan di tambah lagi dengan jumlah siswa-siswi yang menamatkan pengajian semakin bertambah dengan bertambahnya Kolej-kolej dan Universiti-universiti swasta yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan sejak kerajaan membenarkan penubuhan IPTS dan 'Twin Program' dengan Universiti luar negara.

Malah sekarang ini graduan pendidikan pun terpaksa menganggur seperti yang dilaporkan oleh media massa sedikit masa dahulu. Ini semua adalah disebabkan oleh kelemahan kerajaan dalam mentadbir negara.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Rockerz said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang kerja dari rumah di sini.

faizul said...

http://formulaluarbiasa.com/recommends/joe154

klik disini utk mendptkan teknik menjana income dari internet secara PERCUMEA!!! sama2 lah kita berkongsi ilmu demi kejayaan

ora et labore

faizul said...

bila kita ingin membuat sesuatu,kita kena rasional..keputusan yg melibatkan politik dan politikus adalah berupa berat belah dan berkepentingan..so..jgnlah kita terlalu taksub dgn politik kerana politik negara kita mempunyai sistem yg plg teruk walau demokrasi(berparlimen sebnrnya) sistem yg menjadikan kuasa orde politik mengatasi segalanya..just amik tau je ckup..baik kita pk utk majukan diri kita..politik ini indah tapi skrg semuanya usang..setiap tindakan ada kebaikan dan keburukan...hukum alam namanye 2...tp kalau kita just dia berdasarkan fahaman usang politik kita..means nothing..
pluto punckp yg "man is an animal" dlm politik..better u cari buku cter tjk "animal farm" mcm 2 lah suasana politik..cari k..gud book for you..dlm politik..bila kita ada kuasa..kita ptt pertahankannya dr dirampas..karma mmg mcm 2..skrg org nie kt atas..kita provok yg bkn2 utk org tu..nanti org tu naik atas..the same thing will happen gain n again..politik is a system..rotation..aku bukan belah mana2 pihak..aku just nk bgtau je..aku study politik n then aku malu tgk malaysian dlm kancah politik..party kt malaysia tidak jlnkn tgg jwb sebnr..everything is money..bila kita bicara politik,kita mesti kena seimbang..provokasi menybbkn diskusi kita sia2..parti islam or melayu..realitinya dua2 sama..menisfesto usang provokasi yg terang..politik is dirt man...the most important thing..kita kn ada ilmu dulu and then baru reformasi..jgn jd seperti bloody sunday..jgn jd seperti indonesia..tgk mcmana ghandi,bung karno,mao zhe dong,mcmana rosli dhobi..diaorg berjuang ada matlamat jelas..cuma 1..kini kita berjuang dgn apa matlamat..menisfesto kosong sekdr ckup syarat..minded kita nie kena ubah sbb kita telah indirectly dipaksa mental kita menjadi begini..kita sperti watak2 dlm animal farm yg dijadikan medium utk kepuasan dan dendam politikus..salam..jmpa di http://rezekimelangit.blogspot.com/

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59