Monday, 21 August 2006

SIBUK NAK TAWAN KELANTAN, PULAU PINANG DAH LAMA 'TERGADAI'


KOTA BAHRU 21 Ogos – Umno bukan main sibuk hendak menawan Kelantan dari PAS yang pemimpinnya semua orang Islam dan Melayu. Tetapi mereka tidak sedar bahawa Pulau Pinang sudah lama tergadai atau digadai kepada bangsa lain.

Inilah Umno yang hanya berani kepada sesama melayu tetapi kecut perut berhadapan dengan bangsa lain oleh kerana kaum selain dari Melayulah selalu memenangkan mereka dalam setiap kali pilihanraya.

Semalam, Imam Hadhari, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Kelantan daripada Pas berdasarkan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat Kelantan semasa lawatan beliau ke negeri itu hari ini.

Perdana Menteri berkata, walaupun telah banyak kali melawat Kelantan tetapi sambutan kali ini adalah yang terbesar kerana ini menunjukkan rakyat Kelantan bersedia untuk membuat perubahan dan penghijrahan minda.

“Saya amat gembira dengan sambutan hari ini dengan ramai yang datang bermula di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra lagi dan kemudiannya diikuti di Dabong sebelum petangnya di Perkampungan Hadhari.

“Ini menunjukkan satu isyarat daripada rakyat Kelantan yang mereka bersedia buat perubahan di samping bermuafakat dengan kerajaan pusat untuk membawa pembangunan.

“Kini tinggal lagi adalah kerja keras daripada UMNO dan BN Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Perkampungan Hadhari Kelantan 2006 di Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Tetapi Imam Hadhari kena ingat yang ramai datang tu semuanya dapat tambang percuma, makan percuma dan mungkin dapat upah duit lagi. Jangan terlampau terpesonan dengan permainan Annuar Musa wahai Pak Lah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59