Thursday, 17 August 2006

SETELAH GADAIKAN MELAYU PULAU PINANG BARU KINI Umno SEDAR


Setelah menggadaikan ketuanan Melayu di Pulau Pinang selama berpuluh-puluh tahun kini baru Umno sedar. Kuasa orang melayu terlepas sedikit demi sedikit sehingga jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Air pun dirampas.

Walaupun bilangan kerusi DUN Umno sentiasa lebih dari parti komponen BN lain pada setiap pilihanraya tetapi Umno tetap 'menggadaikan' kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Inilah 'kecerdikan' Umno, mereka tidak tahu mengira, mungkin agaknya bilangan 14 kerusi DUN Umno kurang dari 13 kerusi Gerakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebab itu KM diserahkan kepada Gerakan.

Cuba kita perhatikan nasib orang melayu Pulau Pinang. Orang Melayu yang ramai sekarang hanya di Balik Pulau, itupun semakin hari semakin berkurangan. Kalau kita pergi ke Jelutong, Bukit Bendera, Air Hitam, Batu Lancang dan sebagai orang melayu tinggal berapa kerat sahaja. Ini semua kerana ramai antara mereka berhijrah ke Tanah Besar kerana tidak tahan dengan suasana di pulau yang unsur kemelayuannya semakin terhakis.

Kalau dahulu ramai juga yang tinggal di tepi laut atau 'dalam laut' umpamanya di Kampung Pisang Awak Jelutong tetapi kini mereka ini di'halau' atas alasan pembangunan. Bilangan orang melayu yang ada itu pun datang dari pekerja kilang yang berhijrah dari luar.

Ini semua adalah bahana dari arus pembangunan yang direncanakan oleh kerajaan negeri yang langsung tidak memikirkan kepentingan orang melayu.

Cuba kita pergi ke Bandaraya Georgetown. Berapa kerat sangat kedai orang melayu yang ada. Kalau adapun kedai mamak sahaja. Kalau nak makan pun susah sebab tidak banyak kedai makanan Islam. Seolah-olah macam Singapura dan Hong Kong sahaja.

Bilangan pemilikan tanah oleh orang melayu semakin lama semakin kurang. Sedikit demi sedikit tanah orang melayu dijual kepada bukan melayu atau diamnil atas nama pembangunan. Akhirnya melayu tiada tanah dan terpaksalah berhijrah ke Seberang Prai atau ke Kedah.

Sekarang barulah pemimpin-pemimpin Umno nak 'berkokok'. Itupun siang-siang lagi Pemimpin besar Islam Hadhari dah kata jangan ungkitkan isu ini.Apa yang ada dalam kepala otak beliau kita pun tak tahu.

Media internet melaporkan semalam bahawa Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir mahu Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membuktikan keikhlasannya untuk memajukan orang Melayu dan bukan sekadar bercakap kosong sahaja.

“Pertama sekali Dr Koh perlu menyerahkan jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang kepada Umno. Jawatan itu adalah hak Umno,”katanya.

Sebelum diambilalih oleh Dr Koh beberapa tahun lalu, jawatan berkenaan dipegang oleh Datuk Ahmad Saad, bekas ketua Umno bahagian Permatang Pauh.

Musa berkata, kuasa Dr Koh terlalu besar kerana segala keputusan termasuk membabitkan kepentingan Melayu berada di tangannya.

“Kalaupun sesuatu perkara itu telah diluluskan oleh mesyuarat Exco negeri, kelulusan akhir masih di tangan beliau.

“Dr Koh perlu ingat dia bukanya Ketua Menteri untuk ahli-ahli Gerakan sahaja tetapi pemimpin bagi semua rakyat Pulau Pinang,” tegas beliau.

Konsep berkongsi kuasa

Musa juga menyokong cadangan Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik itu, supaya Ketua Menteri mengagihkan kuasanya secara bertulis kepada Timbalan Ketua Menteri bagi isu-isu yang membabitkan kepentingan Melayu.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang oleh pemimpin Melayu dari Umno.

Dengan cara itu, kata Musa, barulah konsep berkongsi kuasa di kalangan anggota Barisan Nasional dapat direalisasikan.

Manakala Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid pula berpendapat, kuasa yang ada pada Timbalan Ketua Menteri sekarang sudah memadai.

Katanya, tiada gunanya diberikan kuasa tambahan kalau pemimpin berkenaan tidak mahu menggunakan kuasa yang ada untuk membela nasib orang Melayu.

“Yang penting ialah pemimpin itu tahu menggunakan kuasa yang ada padanya. Dengan kedudukan dan kuasa yang ada sekarangpun, Timbalan Ketua Menteri boleh memperjuangkan hak orang Melayu kalau dia mahu.

“Tak guna ada kuasa tambahanpun kalau kita tidak tahu dan tidak mahu menggunakan kuasa itu,” tambahnya.

Lihat diri sendiri

Abdul Jalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkata, apa yang perlu ditekankan sekarang ialah para pemimpin Melayu negeri ini tahu menggunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka.

“Tak semestinya tanpa kuasa tambahan orang Melayu tak boleh berjaya. Orang Melayu di England dan Afrika Selatan membuktikan mereka boleh berjaya tanpa ada sebarang kuasapun. Malah mereka lebih berjaya orang Melayu di sini.”

Beliau menegaskan, pemimpin yang ada di Pulau Pinang sekarang ini perlu menggunakan segala kuasa yang ada pada mereka untuk memajukan orang Melayu, bukannya mencari alasan menyalahkan orang lain.

“Kita perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

Kalangan Umno Pulau Pinang sejak awal bulan ini mendakwa Dr Koh telah mengabaikan kepentingan orang Melayu negeri itu.

Berikutan itu, empat bahagian Pemuda Umano negeri itu telah mengusulkan jawatan Ketua Menteri digilirkan atau Timbalan Ketua Menteri diberikan kuasa eksekutif bagi membela nasib orang Melayu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59