Friday, 18 August 2006

SELATAN THAI KEMBALI BERGOLAK


NARATHIWAT 18 OGOS : Selatan Thai kembali bergolak berikutan beberapa kes pengeboman semalam. Kejadian mungkin akan menyebabkan kerajaan Thailand kembali mengganas seperti tahun-tahun lalu.

Semalam, Tiga penduduk ditembak mati oleh lelaki tidak dikenali di wilayah selatan Thailand, sementara 19 yang lain cedera dalam letupan bom.

Dua kakitangan kerajaan juga ditembak mati dalam kejadian berasingan semalam di wilayah Pattani, salah satu daripada tiga wilayah selatan yang dilanda pemberontakan.

Kejadian itu berlaku selepas satu kejadian tembakan di Narathiwat lewat kelmarin.

Sementara itu, dua letupan bom melanda wilayah selatan yang diduduki penduduki Islam di Thailand.

Dalam kejadian awal pagi di Narathiwat, sebutir bom yang disembunyikan dalam motosikal meletup di hadapan kedai emas menyebabkan tujuh orang cedera bersama lima askar dengan seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Bom kedua meletup setengah jam kemudian berhampiran hospital di wilayah Yala menyebabkan dua pegawai polis dan lima orang awam cedera.

Tiga wilayah di sepanjang sempadan Malaysia diduduki penduduk melayu Islam menyaksikan pemberontakan sejak Januari 2004 yang mengakibatkan lebih 1,400 orang terbunuh.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59