Wednesday, 2 August 2006

Perisian baru mampu kesan ‘pengundi hantu’


PULAU PINANG: Keadilan berjaya membina perisian komputer yang berupaya menganalisis data dan maklumat pilihan raya termasuk mengesan ‘pengundi hantu’ dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Perisian tersebut telah dibangunkan oleh tenaga kepakaran dalam parti, menggunakan teknologi maklumat terkini, dikatakan mampu menjana kemenangan parti tersebut menjelang pilihan raya nanti.

“Perisian ini akan membantu pimpinan dan petugas parti di peringkat akar umbi bergerak dengan lebih fokus dan terancang berdasarkan fakta serta kelakuan politik pengundi sesuatu kawasan pilih raya,” jelas Naib Presiden yang juga Pengarah Biro Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali.

Justeru, beberapa pembaharuan untuk memantapkan jentera pilihan raya sedia ada diperkenalkan antaranya pembentukan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) di setiap negeri dan bahagian.

Penyelewengan SPR disebarkan seluruh dunia

Dalam perkembangan berkaitan, parti itu telah menyerahkan kepada Perdana Menteri dokumen lengkap berkaitan penyelewengan yang membabitkan SPR dan menggariskan beberapa kelemahan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Dokumen yang ditandatangani Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diserahkan ‘secara tangan’ ke pejabat Perdana Menteri pada 29 Jun lalu.

Anwar telah menggesa Abdullah menangani masalah tersebut secepat mungkin, bagi mengelakkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Malangnya, jelas Azmin sehingga kini Abdullah masih belum memberikan sebarang maklum balas.

Tambahnya, dokumen itu akan dilancarkan secara rasmi pada Kongres Tahunan di Pulau Pinang nanti, yang kemudiannya akan dihantar kepada semua pemimpin kerajaan di seluruh dunia.

Ini bagi membuka mata dunia bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu, antara lain kerana penipuan yang terlalu rakus oleh parti pemerintah tersebut.

Selanjutnya, kata Azmin, parti itu akan mendesak kerajaan menerima pemerhati antarabangsa bagi memantau pengendalian pilihan raya ke-12.

“Sekiranya tidak ada sebarang penipuan yang dirancang oleh BN, tidak ada sebab mengapa kerajaan harus menghalang pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya kita,” ujarnya.

Dari : Malaysiatoday

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59