Tuesday, 8 August 2006

PAK LAH PERTAHAN DIRI DI TV3


KUALA LUMPUR 8 OGOS : Pak Lah malam buat pertama muncul di TV menjawab beberapa persoalan berkaitan dirinya di TV3. Beberapa persoalan mengenai isu Khairy, Kamaluddin dan pentadbirannya di jawab oleh Pak Lah.

Ramai berpendapat jawapan Pak Lah dalam isu Khairy dan Kamaluddin belum dapat menjawab persoalan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir.

Pak Lah juga mahu pihak yang membuat tuduhan adanya penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan pimpinannya supaya tampil memberikan bukti atau menerima padah daripada pembohongan itu.

Perdana Menteri berkata tuduhan yang dilemparkan ke atas pentadbirannya telah memberi gambaran seolah-olah beliau telah menipu rakyat.

"Ini cakap fitnah ini, kalau dia betul-betul, tulis surat, biar berani kerana benar. Cakap dan kita akan ambil tindakan. Saya nak dia buktikan macam mana, apa maklumat, di mana dia dapat maklumat, saya hendak. Kalau dia tak dapat, rasalah padahnya," katanya.

Abdullah berkata demikian ketika diwawancara oleh Pengerusi Bernama Datuk Mohd Annuar Zaini dalam program khas "Bersemuka Bersama Perdana Menteri" kira-kira 40 minit yang disiarkan TV3 malam ini.

Sebelum ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap kerajaan melalui Internet yang mempertikaikan kewibawaan Abdullah memimpin negara termasuk oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang terbaru adalah dakwaan kononnya pengumuman projek bernilai RM15 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) adalah satu sandiwara kerana kontraktor tertentu telah dipilih walaupun tender belum dikeluarkan.

Abdullah berkata selain dirinya, mereka yang membuat tuduhan itu juga boleh menulis surat kepada polis, Badan Pencegah Rasuah dan agensi lain.

"Saya hendak dia jelaskan macam mana dia boleh kata begitu sebab ini pembohongan. Dia nak menghina kerajaan, dia nak menghina saya, macam mana boleh macam itu," tegas beliau.

Perdana Menteri berkata mereka yang menyebarkan fitnah itu sebenarnya berniat jahat untuk memperlekehkan beliau dan juga mungkin mempunyai agenda tertentu.

Mengenai dakwaan yang beliau lambat membuat keputusan, Abdullah mengakui beliau memerlukan masa kerana setiap keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada rakyat dan negara.

"Ada masa kita perlu berhati-hati. Satu perkara yang saya tahu sejak saya jadi PM, apa yang saya buat, buruk-baiknya banyak orang yang akan terima kesannya.

"Kalau buruk, buruk padahnya, kalau kesan baik alhamdulillah, tetapi yang saya bimbang kalau jadi salah, jadi tak elok, ramai yang akan menderita, ramai yang akan sengsara, ini yang saya takut," katanya.

Ditanya sikapnya yang dianggap terlalu berlembut, Perdana Menteri berkata beliau lebih suka menjadi pemimpin yang dihormati daripada ditakuti orang ramai sebagaimana pendapat saintis politik terkenal Nicolo Machiavelli.

"Saya tak percaya, sebagai orang Islam, pendekatan Machiavelli itu patut diamalkan, tak boleh. Kita tak boleh apa jua cara dapat dihalalkan asalkan apa yang mahu diperolehi. Saya tak berpegang kepada falsafah itu," katanya.

Menurutnya sikap berlembut atau keras bukanlah perkara penting untuk menjadi pemimpin tetapi yang utama menegakkan kebenaran dan adil.

"Kalau yang buat itu benar dan adil, maka di situlah ada ketegasan dalam keputusan itu. Tak payahlah nak 'gung ho' apa lagi. Saya biasa buat keputusan yang ada antaranya cukup susah kepada saya, tapi saya buat selamba saja. Tak payah nak tunjuk, itu saya punya stail," katanya.

Perdana Menteri menambah beliau sentiasa memantau perjalanan kerajaan termasuk tindakan menteri-menteri kabinet dan membuat teguran jika perlu.

"Ada saya tegur dalam (mesyuarat) jemaah menteri. Ada saya tegur dalam telefon... Itu cara saya menegur orang, dalam kereta saya telefon," katanya

Kita reaksi Mahathir seterusnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59