Sunday, 13 August 2006

ORANG KUAT PAK LAH JUAL SAHAM MEREKA DALAM ECM LIBRA AVENUE. NAMUN KONTROVERSI TETAP TIDAK TERJAWAB


KUALA LUMPUR 12 Ogos – Walaupun kedua-dua orang kuat Pak Lah iaitu menantunya Khairy dan Kalimullah menjual saham mereka dalam ECM Libra namun kontroversi yang ujud dari pembelian saham syarikat itu tempohari tetap tidak boleh dijawab oleh mereka.

Persoalan yang ujud adalah darimana Khairy boleh mendapatkan pinjaman wang sebanyak itu (katanya dia pinjam) dan pelbagai lagi persoalan lain yang ditimbulkan oleh pembangkang dan Dr Mahathir bersabit dengan pembelian saham syarikat tersebut.

Media hari ini melaporkan bahawa UMNO Khairy Jamaluddin telah menjual semua sahamnya sebanyak 10.2 juta saham yang mewakili 1.23 peratus ECM Libra Avenue Bhd., sebuah syarikat pelaburan dan broker saham, demikian diumumkan hari ini.

Khairy menjual sahamnya pada harga 65 sen sesaham semalam. Beliau membelinya pada harga 71 sen sesaham pada Disember tahun lepas.

Hebat sungguh menantu Perdana Menteri ini, sehingga sanggup rugi 6 sen sesaham iaitu kalau ditukar dalam nilai duit bermakna beliau rugi RM200,000. Apa yang kita muyskilkan di sini, kalau beliau meminjam wang sanggupkan beliau rugi lebih RM200,000. Kalau dia sanggup rugi RM200,000 maka sudah tentu wang yang dipunyainya jauh lebih besar dari itu. Itu baru umur 30 tahun.

Media juga melaporkan Pengerusi ECM Libra Avenue Datuk Kalimullah Hassan Masheerul Hassan juga telah mengurangkan kepentingannya dalam syarikat itu kepada 40 juta saham atau 4.8 peratus dalam syarikat dan kini tidak lagi dianggap pemegang saham utama, menurut laporan mingguan perniagaan The Edge.

Kalimullah, seorang daripada pengasas syarikat itu, juga membuat keputusan untuk menjual semalam dan melupuskan 16.26 juta saham, juga pada harga 65 sen sesaham.

Sebanyak 26,467,220 saham milik Khairy dan Kalimullah dibeli oleh Hikkaya Jaya Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat AmcorpGroup Bhd., membabitkan jumlah keseluruhan RM17.2 juta.

AmcorpGroup kini memegang kira-kira 61,534,284 saham atau 7.41 peratus ECM Libra Avenue menerusi beberapa anak syarikat.

Seorang lagi pengasas ECM Libra Avenue, ketua pegawai operasi David Chua, menjual seluruh kepentingannya sebanyak 56.26 juta saham kepada sebuah syarikat pengurusan dana asing pada Khamis pada 57 sen sesaham.

Bagaimanapun, ketua pegawai operasi bersama Lim Kian Onn, yang juga pengasas syarikat itu, akan terus kekal sebagai pemegang saham utama.

Kalimullah memberitahu The Edge beliau memutuskan untuk mengurangkan pegangan sahamnya untuk melindungi kepentingan syarikat itu dan pemegang sahamnya.

Syarikat itu bermula sebagai ECM Libra pada 2002 dan menjadi entiti senaraian di Bursa Malaysia apabila ia membuat pengambilalihan balikan South Peninsular Industries Bhd. untuk menjadi ECM Libra Capital.

Awal tahun ini, ECM Libra Capital bergabung dengan Avenue Capital Resources Bhd. untuk menjadi ECM Libra Avenue.

Nampak jelas bahawa kedua-dua orang kuat Pak Lah tertekan dengan dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang dan Dr Mahathir bahawa ada yang tidak kena dengan perkara ini. Ianya ditambah lagi dendan kenyataan Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) yang tidak berpuashati dari beberapa sudut dengan perkara ini seperti yang dilaporkan oleh media beberapa hari lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59