Monday, 28 August 2006

NEGERI ISLAM HADHARI CATAT 'KEJAYAAN' PUNYA KADAR KEMISKINAN TERTINGGI


KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Walaupun Kelantan seringkali dilabel sebagai negeri termiskin dan diperintah oleh MB yang tidak pandai memerintah tetapi fakta sebenar tidak dapat diubah apabila kerajaan mengakui bahawa negeri yang punyai kadar kemiskinan tertinggi ialah Sabah.

Harakahdaily melaporkan bahawa kerajaan hari ini mengakui Sabah memiliki kadar kemiskinan antara yang tertinggi di negara ini kerana 11.4 peratus daripada sejumlah 67,300 bilangan penduduk dalam kategori miskin tegar, berada di negeri itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abdul Rahman Suliman.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dato' Abdul Ghappur Salleh (BN-Kalabakan) dalam sesi pertanyaan dan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

"Berbanding negeri-negeri lain inilah kadar tertinggi," katanya.

Terdahulu Abdul Ghappur dalam soalan tambahannya berkata, beliau keliru dengan kenyataan kerajaan bahawa peratusan kadar kemiskinan tegar setakat tahun 2004 hanya 1.2 peratus.

"Saya keliru banyak agensi untuk basmi kemiskinan tetapi masalah kemiskinan masih tidak selesai. Banyak peruntukan telah disediakan kepada agensi-agensi tertentu bagaimanapun iaa tidak sampai kepada golongan sasaran," katanya.

Menurut Abdul Ghappur, peruntukan amat sukar diperolehi meskipun berulang kali memohon daripada pelbagai agensi.

Dalam sidang Dewan Rakyat tahun lalu, Abdul Ghappur juga melontarkan kritikan terhadap kelemahan kerajaan mengatasi masalah kemiskinan di Sabah dan Sarawak.

Antaranya beliau mempertikaikan peruntukan pembangunan yang tidak pernah sampai kepada golongan sasar di Sabah yang mengakibatkan kesukaran mengatasi jurang kemiskinan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59