Monday, 28 August 2006

NAZRI ORANG PALING CERDIK DI MALAYSIA


Sudah acap benar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggelarkan orang lain BODOH. Sebelum ini beliau menggelarkan orang-orang yang hadir dalam demonstrasi menentang Forum Artikel 11/IFC di Pulau Pinang sebagai bodoh. Kali ini Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu pula menerima 'habuan' dari Nazri. Nampaknya beliau seorang sahajalah di Malaysia ini orang cerdik, orang lain semuanya bodoh.

Inilah sifat dan akhlaq pemimpin Islam Hadhari yang ditarbiah oleh Imam Al Badawi Wal Hadhari. Agaknya dalam kuliah dan usrah yang dipimpin oleh Imam Al Badawi ini inilah antara akhlaq dan ajaran yang diajarkannya.

Sepatutnya sebagai seorang menteri dan pemimpin Islam Hadhari beliau mestilah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik dan tidak emosional.

Hari ini Nazri Aziz menyifatkan tindakan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu, Kedah meluluskan usul meminta beliau dipecat daripada menganggotai parti dan jawatan kabinet sebagai sesuatu yang "bodoh" dan "keliru."

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Pemuda Umno bahagian tersebut sepatutnya meluluskan usul meminta bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak lagi mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Gelang Patah berkata perlembagaan Umno tidak menyatakan bersikap kurang ajar terhadap bekas pemimpin merupakan suatu kesalahan yang boleh dibuang parti.

Menurut laporan Bernama, Sabtu lalu persidangan perwakilan Pemuda Umno Kubang Pasu telah meluluskan usul memecat beliau daripada mengganggotai Umno dan jawatan kabinetnya berikutan kenyataannya yang disifatkan biadap terhadap Dr Mahathir.

Menurut Nazri, pada mulanya beliau tidak mahu bercakap kepada media tentang isu kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah dan kerajaan sebagaimana yang diarahkan oleh Kebinet tetapi kini terpaksa mengubah berikutan tindakan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu itu.

Katanya beliau diberitahu bahawa apa yang berlaku semalam adalah pemuda Umno bahagian Kubang Pasu tidak meluluskan usul memintanya dipecat tetapi sebaliknya beberapa wakil pemuda bahagian meminta beliau dipecat semasa ucapan penangguhan mesyuarat itu.

Nazri berkata beliau akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Datuk Johari Baharum mengenai usul pecat itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Nazri menasihatkan Pemuda Umno Kubang Pasu agar menilai diri mereka sendiri sebelum bertindak mencadangkan beliau dipecat daripada parti itu.

Beliau juga berkata, walaupun digelar sebagai kurang ajar kerana kelantangannya mengkritik Dr Mahathir tetapi menegaskan akan meneruskan apa yang dibuatnya kerana tidak melihat sebarang kesalahan di dalam mempertahankan Abdullah dan kerajaan.

Sementara itu di Kuala Selangor, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usul itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar sayap parti tersebut yang kini kuat dan maju.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Umno Kuala Selangor hari ini.

Dari Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59