Wednesday, 2 August 2006

MELAKA 'MAJU' DARI SEMUA SEGI TERMASUK PENINGKATAN JUMLAH KES MAKSIAT DI KALANGAN REMAJA





Gambar Hiasan















MELAKA 2 OGOS : Melaka di katakan semakin mendekati untuk mencapai status negeri maju mengikut 'cermin mata' kerajaan negeri. Tetapi nampaknya kemajuan fizikal ini tidak seiring dengan kemajuan akhlaq di kalangan muda mudi. Setiap minggu malah setiap hari ada saja kes yang membabitkan muda mudinya.

Semalam seramai 15 remaja, termasuk empat pelajar sekolah menengah di bandar ini, menjadikan sebuah rumah kosong tiga tingkat di kompleks Melaka Sentral untuk kegiatan sumbang dan menghidu gam.

Kegiatan itu dikesan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang membuat serbuan mengejut ke bangunan kedai digelar ?kondo? oleh remaja terbabit, pada jam 8.30 pagi semalam.

Ketika serbuan remaja terbabit termasuk pelajar yang masih berpakaian seragam dan dipercayai ponteng sekolah, tidur beralaskan kertas tebal. Dua pasangan kekasih dilihat tidur berpelukan berhampiran tandas rumah berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan itu kira-kira jam 8 pagi semalam.

Katanya, sekumpulan pegawai penguat kuasa Jaim bergegas ke lokasi dan menemui seorang remaja lelaki berpakaian sekolah di luar rumah.

?Selepas pintu dibuka, kami dapati dua remaja perempuan tidur bersama sembilan remaja lelaki di atas lantai, manakala dua pasangan lain tidur dalam keadaan berpelukan berhampiran tandas,? katanya di sini, semalam.

"Semua remaja berkenaan di bawa ke Pejabat Penguat Kuasa Jaim untuk disoal siasat sebelum dipanggil mengikuti sesi kaunseling akhir bulan ini," katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, semua yang terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 71, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana berkelakuan kurang sopan dan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pihaknya akan menimbangkan untuk mendakwa remaja berkenaan mengikut Seksyen 53 enakmen sama, yang membawa kepada hukuman denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Jaim juga akan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mereka serta sekolah pelajar terbabit hari ini.

Inilah bahana apabila pihak pemerintah hanya mementingkan kemajuan dunia tanpa memikirkan kepentingan ajaran agama dan pendidikan akhlaq.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59