Tuesday, 15 August 2006

MB DAN KM KERAJAAN BN PANDAI PERINTAH SEHINGGA BANGUNAN AGENSI KERAJAAN NEGERI KENA SITA


MELAKA 15 OGOS : Kedua-dua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri Perlis dan Melaka memang selalu menuduh kerajaan Kelantan tidak pandai memerintah sehingga negerinya menjadi mundur dan miskin. Pelbagai lagi tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka kepada Kelantan. Sehingga pernah KM Menteri Melaka menegah rakyatnya dari melawat Kelantan suatu ketika dahulu.

Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan berita bahawa Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) disita kerana gagal membayar hutang.

Hari ini satu lagi peristiwa menggemparkan kita apabila bangunan Majlis Perbandaran Kangar pula disita kerana masalah yang sama.

Harakahdaily melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hari ini disita dengan perintah mahkamah tinggi setelah gagal menjelaskan tuntutan pemiutang sebanyak lebih RM6 juta.

Pintu utama bangunan MPK telah disita untuk memboleh pihak bailif membuat pemeriksaan inventori.Perintah tersebut dikeluarkan selepas mahkamah telah memutuskan tuntutan sebuah syarikat pemaju, Sonati Development Corporation Sdn Bhd (Sonati) perlu dibayar oleh MPK sebanyak RM4,223,473.06 serta faedah sebanyak 8 peratus setahun sebanyak RM2,127,301.71.

Sonati telah dilantik oleh MPK untuk menguruskan pembangunan sebidang MPK di Padang Besar, namun kontrak mereka telah ditamatkan separuh jalan.

Sonati telah mengemukakan tuntutan di mahkamah dan pada 4 Februari 2005, Hakim Dato' Hassan Lah telah memutuskan tuntutan liabiliti ke atas MPK dan gantirugi ditaksirkan oleh pendaftar.

Pada 1 Jun lalu, pendafttar telah mentaksirkan jumlah gantirugi sebanyak RM4,223,473.06 perlu dibayar oleh MPK beserta faedah dan kos sejak 14 April 2000.

Setelah gagal menjelaskan tuntutan tersebut, maka pada 8 Ogos lalu, mahkamah telah mengarahkan satu writ pelaksanaan.

Hari ini, atas arahan mahkamah kakitangan MPK diminta mengosongkan bangunan mereka. Pada jam 12.15 tengahari, pintu utama bangunan MPK telah disita untuk memboleh pihak bailif membuat pemeriksaan inventori.

MPK diberi masa selama 14 hari untuk menjelaskan tuntutan plaintif dan sekiranya mereka gagal, segala hak milik MPK akan dirampas dan dilelong.

Pihak peguam yang mewakili Sonati menjelaskan bahawa sehingga hari ini belum ada sebarang tawaran penyelesaian daripada MPK.

Namun begitu, atas persetujuan bersama, operasi MPK akan berjalan seperti biasa esok.

Dari dua peristiwa di atas maka jelaslah sekarang bahawa siapa yang pandai perintah dan siapa yang 'bangang'.

Mungkin definisi pandai memerintah Islam Hadhari ialah apabila bangunan kerajaan disita dan semua duit kerajaan di habiskan walaupun berhutang dengan banyak dari Kerajaan Pusat. Manakala yang tidak pandai memerintah ialah MB dan kerajaan negeri yang tidak pandai berhutang, agensi kerajaannya ditadbir dengan baik dan lain-lain.

Dunia dah terbalik itulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada pemimpin dan kerajaan Islam Hadhari.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59