Friday, 25 August 2006

MASIH ADA KAMPUNG DI MELAKA YANG DHAIF


ALOR GAJAH 25 OGOS : Penduduk di Kilometer 33, Kampung Taboh Naning di sini tidak meminta banyak. Yang mereka minta ialah peluang untuk hidup seadanya seperti penduduk di perkampungan lain.

Walaupun hanya mempunyai tiga rumah didiami 14 penduduk daripada tiga keluarga, mereka menganggap diri mereka berhak mendapat kemudahan seperti penduduk di kawasan lain.

Mereka sudah tinggal di situ selama 15 tahun dan menoreh getah dengan pendapatan sekadar mencukupi untuk keperluan keluarga.

Permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sudah dipenuhi. Begitu juga jambatan sudah dibina walaupun terpaksa menunggu selama 15 tahun.

Sebelum ini kehidupan tiga keluarga itu agak terpencil dari dunia luar kerana penempatan mereka dipisahkan sebatang sungai kecil dan jambatan hanya dibina April lalu.

Serang penduduk, Jamaluddin Sabtu, 40, berkata beliau mula tinggal di kampung itu sejak berumahtangga kira-kira 15 tahun lalu dan kepayahan hidup yang dilaluinya tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata.

Beliau pernah meredah sungai sehingga paras pinggang sambil menjunjung anaknya untuk membawa mereka ke seberang kerana tidak mahu anaknya basah kuyup meredah sungai untuk ke sekolah.

"Kami memang orang susah, tapi masih ada maruah. Saya tidak pernah serik meminta ihsan pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan wakil rakyat.

"Namun, pelbagai alasan diberikan. Sehinggalah pada 2002 baru saya dipilih sebagai penerima bantuan PPRT dan ketika itu saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri.

?Tapi kegembiraan itu tidak lama kerana ada saja masalah melanda dengan pembinaan rumah PPRT," katanya ketika ditemui.

Jamaluddin mendakwa, 13 hari selepas rumah PPRT siap, dinding dan lantai mula retak kerana hanya cerucuk besi diameter 10 milimeter diikat empat penjuru digunakan sebagai asas tapak rumah, menyebabkan ia tidak kukuh.

"Apa yang saya lihat kerja simen cukup ringkas dan sekadar menyusun batu-bata sehingga terbentuk rumah saya sekarang," katanya.

Beliau berkata, semua itu dilaluinya pada 2002 dan sehingga sekarang sentiasa menghubungi pihak berkaitan untuk membantunya membaiki atau membaikpulih rumahnya, namun tiada yang peduli.

Dari Berita Hairan

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59