Tuesday, 8 August 2006

MAHATHIR SEMAKIN LANTANG. GESA PAK LAH LETAK JAWATAN SECARA TERANG-TERANGAN


TRONOH 8 Ogos : Nampaknya Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin lantang dengan menggesa pengganti Perdana Menteri pilihannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Macam-macam dakwaan yang beliau buat kepada Pak Lah.

Malam tadi Pak Lah telah mula buka mulut menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir kepadanya. Tapi hari ini Mahathir semakin 'berani'.

Dr Mahathir berkata, seorang Perdana Menteri yang menjual negaranya tidak perlu dikekalkan hingga tamat tempoh perkhidmatannya.

“Kalaulah kita dapat seorang Perdana Menteri yang menjual negeri ini, adakah kita nak tunggu lima tahun…kita kena ambil tindakan awal sikit,” tegas beliau dalam sidang media di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak.

Ini adalah kali pertama bekas Presiden Umno itu secara terbuka menuntut Abdullah meletakkan jawatan walaupun sebelum ini, pernah berkata yang beliau tidak berniat untuk menjatuhkan Perdana Menteri penggantinnya itu.

Dr Mahathir telah mengkritik hebat bekas penggantinya itu sejak kebelakangan ini, termasuk keputusan membatalkan ‘jambatan bengkok’ ke Singapura.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan sebagai ‘tunduk’ kepada Singapura dan gagal melindungi kepentingan negara.

Sebelum ini, Dr Mahathir yang juga Pro-Canselor UTP, menyampaikan ucapan bertajuk ‘Cabaran-cabaran Mentadbir Sebuah Negara’di hadapan kira-kira 1,000 kakitangan dan pelajar universiti tersebut.

Dr Mahathir menegaskan demikian ketika ditanya pemberita mengenai ucapanya yang menyentuh soal seseorang Perdana Menteri perlu diberi tempoh beberapa ketika dan apakah Perdana Menteri sekarang diberi tempoh yang lebih panjang.

Sokong membabi buta

Menurutnya, rakyat perlu berfikiran bijak, bukannya menyokong seseorang pemimpin yang berkuasa itu membabi buta.

“Janganlah cakap saya sokong…saya sokong…bila tanya,apa yang disokong…depa jawab tak tahu…tapi kata, kita sokong, kita sokong…macam kata (Datuk Seri) Shahidan (Kassim, Menteri Besar Perlis) dan (Datuk Seri) Tajol Rosli (Ghazali, Menteri Besar Perak), kita support dia sebelum ini, ketika beliau jadi Perdana Menteri dan kita support lah PM sekarang sebab Pak Lah PM sekarang.”ujarnya.

Menurut laporan lamanweb Agendadaily.com, dalam sidang akhbar tersebut Dr Mahathir turut mengulas jawapan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mengenai dakwaan terhadapnya (Khairy) hujung minggu lalu, selain menjelaskan kesan dan program roadshownya serta layanan pemimpin Umnon terhadapnya.

Mengulas mengenai penjelasan Khairy yang dibuatnya ketika merasmikan sebuah mesyuarat Pemuda Umno Cheras Sabtu lalu, Dr Mahathir menegaskan, menantu Perdana Menteri itu tidak menjawab sepenuhnya kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Menurutnya, Khairy tidak berterus terang tentang siapa ‘kawannya’ yang meminjamkan wang untuk membeli saham ECM-Libra itu dan apa tujuan mereka bermurah hati memberi pinjaman kepadanya.

Saham ECM-Libra

“Jawab apa…dia bukan jawab. Di mana dia dapat duit RM9 juta…dia kata pinjam dekat kawan…siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta...saya pun nak pinjam jugak.

“Barangkali ada juga di kalangan Pemuda Umno nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi pinjam…” ujarnya.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas melahirkan rasa hairannya mengapa Khairy menjawab persoalan mengenai MV Agusta dan isu ' tingkat 4' di Jabatan Perdana Menteri (JPM)?

Kata beliau, yang sepatutnya menjawab tanda-tanya tentang MV Agusta ialah Pengurusan Proton, bukannya Naib-Ketua Pemuda Umno itu.

“Yang tu saya hairan, apa kena mengena dengan dia…saya tanya Proton, apa pasal dia jawab, kenapa dia jawab…suruhlah Azlan (Pengerusi Proton) jawab soalan saya tu…”ujarnya.

Dr Mahathir berkata, tindakan menantu Perdana Menteri itu menjawab soalan-soalan yang di luar bidang kuasanya menunjukkan seolah-olah Khairy berkuasa dalam hal tersebut.

Katanya, Khairy seolah-olah membuat pengakuan bahawa dia yang mengeluarkan arahan dan nasihat.

Mengenai urusniaga dengan Singapura pula, Dr Mahathir berkata, kerajaan sebenarnya mempunyai hak untuk menyekat penjualan saham kepada syarikat asing.

Bagaimanapun katanya kerajaan yang ada sekarang tidak menghalang sebaliknya menggalakkan syarikat dari Singapura membeli saham syarikat Malaysia.

Mengenai sikapnya terhadap Umno dan kerajaan sekarang pula, Dr Mahathir berkata kedua-dua pihak tidak perlu bimbang terhadap tindak-tanduknya kerana beliau bertindak seorang diri, tanpa sokongan mana-mana pihak.

“Saya seorang aje, tak dak sapa pun sokong saya. Takkanlah satu kerajaan yang berkuasa, dengan menteri, dengan menteri besar dan dengan semua jabatan penerangan, nak takut pada satu orang.

“Saya ingat… ini bukan pasal satu orang tapi takut nak dengar explanation (penjelasan) yang orang ramai boleh terima. Explanation (penjelasan) mereka tak boleh diterima orang ramai, itulah yang depa takut tu…pasal buat salah,” katanya apabila ditanya tentang kemungkinan tindakannya mengkritik kerajaan dan menjelajah berceramah di seluruh negara akan menjejaskan kerajaan dalam pilihanraya umum kelak..

Mengecam Umno

Dr Mahthir juga mendakwa tidak berniat mengecam dan mengancam Umno, tetapi hanya tidak bersetuju dengan pemimpin yang didakwanya sudah melencong dari matlamat perjuagan parti.

“Kita bukan kecam Umno…kita kecam kepimpinan yang tidak patuh kepada matlamat dan perjuangan Umno… itu aje…Saya tak pernah kecam Umno dalam ucapan saya… saya kecam pemimpin yang menyeleweng daripada hasrat parti,”jelasnya.

Beliau yang juga Pensihat Petronas turut menafikan ada merancang roadshow ke seluruh negara, tetapi akan pergi berceramah jika ada pihak yang menjemputnya.

Dr Mahahthir bagaimanapun kesal kerana ada pihak yang cuba menghalangnya daripada menemui orang Umno.

“ Saya tak ada roadshow, ada orang panggil…saya pergilah. Tapi saya tahu setiap kali ada orang jemput, akan dapat panggilan telefon suruh batalkan program tu…”

“Ada orang tak bagi cakap dengan orang Umno, dah kata bahaya…semua orang dilarang dengar saya bercakap. Barangkali kerana saya cakap benarlah kot, sebab tulah depa larang.

“Sekarang saya nak pergi dekat dengan orang bekas Umno pun tak boleh...Mubarak adalah bekas wakil rakyat pun tak boleh juga…,”ujarnya.

Bekas Presiden Umno itu juga melahirkan kesediaan untuk menghadiri mesyuarat Umno bahagian Kubang Pasu jika dijemput atau dipilih sebagai wakil cawangan Umno yang dianggotainya.

“Kalau orang jemput saya akan pergilah…saya ada hak juga dipilih sebagai wakil daripada cawangan untuk hadir mesyuarat bahagian, saya akan pergilah. Kalau panggil atau dipilih…

“Tapi nak jadi wakil ke mesyuarat agung (Perhimpunan agung Umno di PWTC ), tak payahlah kot…kalau saya jadi wakil pun tak boleh bercakap,” tambah beliau.

Tunggu Babak seterusnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59