Wednesday, 2 August 2006

MAHATHIR GESA BOIKOT DOLAR DAN POUND, IMAM AL BADAWI PULA TAKUT NAK BOIKOT BARANGAN AMERIKA



KUALA LUMPUR 2 OGOS : Di saat Imam Al Badawi lembik dan longlai dalam menagani isu kekejaman Israel dan Amerika Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa negara pengeluar minyak menghentikan urus niaga dalam dolar Amerika dan pound Britain bagi menghentikan kekejaman Israel di Lubnan.

Nampak sangat perbezaan ketara antara mereka berdua. Seorang bertegas dengan desakan memboikot barat seorang lagi tersenyum lebar berjabat dengan Setiausaha Negara Amerika. Walaupun memegang pelbagai jawatan penting di peringkat Dunia Islam dan Negara berkecuali namun semua itu gagal menjadikan Imam Al Badawi pemimpin berwibawa. Kritikan demi kritikan yang diterima dari pembangkang dan bekas Perdana Menteri gagal di tepis dan ditangani oleh Imam Al Badawi.

Dalam kenyataannya kepada media pagi ini Dr Mahathir berkata kemusnahan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Israel tidak mungkin terjadi tanpa sokongan dan muafakat antara dua negara kuasa besar dunia iaitu Amerika dan Britain.

"Hanya apabila ia menjadi miskin, Amerika akan menghentikan pembunuhan dan kemusnahan yang dilakukan itu, dan Amerika tidak akan mampu membiayai peperangan jika ia miskin," katanya dalam kenyataan di ibunegara.

Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir berkata dunia sekali lagi terpaksa menyaksikan keangkuhan dan kekejaman Israel di Lubnan dan Palestin tanpa dapat berbuat apa-apa.

"Saya tidak percaya dengan kutukan yang sia-sia kerana ia tidak akan dihiraukan, dan kini tibalah masanya bagi dunia untuk bertindak.

"Saya merayu kepada dunia supaya mengambil tindakan mudah ini. Tolak dolar dan pound. Seluruh dunia akan mengalami kekecohan ekonomi. Tapi, inilah harga yang kita perlu sedia untuk membayarnya...ia hanyalah untuk sementara saja.

"Jika kita tidak berbuat demikian, paksi Israel-Amerika-Britain akan mara ke Syria dan Iran serta negara lain dengan alasan mereka semua melindungi pengganas," katanya.

Laporan asing menyebut bahawa sekurang-kurangnya 598 orang telah terbunuh di Lubnan, tetapi pihak berkuasa negara itu menyatakan jumlahnya ialah 750 orang, termasuk mayat yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Ahad lepas, serangan bom oleh Israel meragut nyawa 54 orang awam, termasuk 37 kanak-kanak di perkampungan Qana di Lubnan.

Dari : Malaysiakini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59