Monday, 28 August 2006

KINI BARU KAU SEDAR - BAHAGIAN 2


ALOR STAR, 28 Ogos - Kini baru kau sedar bahawa pemimpin-pemimpin Umno sememangnya membawa budaya kurang ajar dengan memanggilnya beruk, iblis serta menjadikan beliau pariah dalam Umno.

Ketika mengulas usul yang diluluskan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz dipecat daripada Umno kerana lantang mengkritik beliau, Dr. Mahathir berkata: "Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru."

Sepatutnya Tun Dr Mahathir sudah lama sedar akan hal ini kerana pada zaman dahulu lagi pemimpin dan sesetengah ahli Umno memang kurang ajar dan ganas. Pemuda tahan lasak pernah mengganas, pemimpin kerajaan dan Umno mengarahkan Ibrahim Libya dibunuh di Memali, pemimpin Umno menunjukkan isyarat lucah di Sanggang dan bermacam-macam lagi sifat kurang ajar dan ganas yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin Umno. Takkan Tun Dr Mahathir tidak tahu ini semua.

Dalam kenyataannya hari ini Tun Dr Mahathir juga menyifatkan perbuatan sesetengah pihak yang cuba menyekat beliau bertanding sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu sebagai penghinaan terhadapnya.

Beliau menyifatkan tindakan menghalangnya itu lebih pelik daripada hasratnya, sebagai bekas Presiden Umno, mahu bertanding menjadi perwakilan bahagian itu pada 9 September ini.

"Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno," katanya semasa ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini.

Beliau yang tiba dari Perak bagi lawatan peribadi di Kedah, mengulas kenyataan beberapa pemimpin Umno mengenai pertandingan beliau di Umno Bahagian Kubang Pasu, dengan ada di antaranya menyifatkan hasrat beliau itu sebagai pelik.

Tidak ada mana-mana bekas Presiden Umno mengambil bahagian sebagai perwakilan dalam perhimpunan agung parti itu.

Menurut Dr Mahathir, walaupun menang pada pemilihan untuk menjadi perwakilan Kubang Pasu itu sekalipun, beliau melihat masih ada halangan untuk bercakap pada perhimpunan agung Umno November nanti.

Beliau menjangkakan, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid, selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri sudah tentu tidak memilihnya mewakili Kedah berucap pada perhimpunan agung nanti.

Menteri Besar Kedah penyokong kuat Abdullah

Mahdzir, yang pernah menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terkenal sebagai penyokong kuat Abdullah dan antara pemimpin Umno yang dikatakan pernah mencadangkan tindakan yang maksimum diambil ke atas Dr Mahathir.

"Sekalipun saya dipilih oleh Badan Perhubungan Umno Kedah untuk berucap pada Perhimpunan Agung Umno, tentu saya diberi masa yang pendek, mungkin sekadar lima minit. Dengan masa banyak itu, tidak boleh berkata apalah," katanya.

Wakil setiap negeri yang akan berucap membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno ditentukan Badan Perhubungan Umno Negeri.

Dr Mahathir enggan memberitahu isu-isu yang akan beliau bangkitkan sekiranya terpilih menjadi perwakilan dan dibenarkan berucap.


KINI BARU KAU SEDAR.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59