Monday, 28 August 2006

KINI BARU KAU SEDAR - BAHAGIAN 1


ALOR STAR 28 Ogos – Kini baru kau sedar bahawa betapa peritnya apabila dihalang dari bercakap, dihalang dari 'masuk TV', dinafikan hak untuk sewa Dewan untuk majlis tertentu dan pelbagai lagi diskriminasi. Semua itu telah lama dihadapi oleh pembangkang sejak dari zaman Tunku, zaman engkau sendiri dan sekarang zaman Islam Hadhari.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap tindakan menyekat beliau bertanding sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO bagaikan satu penghinaan terhadapnya.

Beliau berkata tindakan menghalangnya itu sebenarnya “lebih pelik"

daripada hasratnya, sebagai bekas Presiden UMNO, mahu bertanding menjadi perwakilan bahagian itu pada 9 Sept ini.

“Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam UMNO. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam UMNO,” katanya semasa ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini, hari ini.

Beliau yang tiba dari Perak bagi lawatan peribadi di Kedah, diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO mengenai pertandingan beliau di UMNO Bahagian Kubang Pasu, dengan ada di antaranya menyifatkan perkara berkenaan sebagai pelik.

Dr. Mahathir berkata walaupun menang pada pemilihan untuk menjadi perwakilan Kubang Pasu itu sekalipun, beliau masih mempunyai halangan untuk bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO November nanti.

Katanya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sudah tentu tidak memilihnya mewakili Kedah berucap pada perhimpunan agung nanti.

“Sekalipun saya dipilih oleh Badan Perhubungan UMNO Kedah untuk berucap pada Perhimpunan Agung UMNO, tentu saya diberi masa yang pendek, mungkin sekadar lima minit. Dengan masa banyak itu, tidak boleh berkata apalah,” katanya.

Wakil setiap negeri yang akan berucap membahaskan usul pada Perhimpunan Agung UMNO ditentukan Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Dr. Mahathir berkata ada beberapa isu yang beliau akan ketengahkan sekiranya terpilih menjadi perwakilan dan dibenarkan berucap.

Namun, beliau enggan memberitahu pemberita isu-isu tersebut.

Menyentuh usul yang diluluskan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, semalam supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dipecat daripada UMNO kerana lantang mengkritik beliau, Dr. Mahathir berkata beliau tidak peduli sama ada UMNO akan mengambil tindakan berkenaan.

“Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya UMNO, itu budaya kurang ajar.

Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya UMNO yang baru,” katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59