Wednesday, 2 August 2006

‘Kilang’ kad pengenalan untuk pendatang haram di Sabah


‘Kilang’ Kad Pengenalan (KP) tumbuh seperti industri kecil untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi mendapatkan KP Malaysia palsu di Sabah, dakwa seorang anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di perbincangan meja bulat Suhakam mengenai “Hak Asasi Manusia dan Kewarganegaraan – kesannya terhadap Hak Ekonomi, Sosial danKebudayaan” di Kota Kinabalu Isnin lalu, Dr Chong Eng Leong mendakwa, terdapat beratus ribu rakyat asing tanpa dokumen atau memiliki dokumen palsu atau yang sudah tamat tempoh, yang tinggal di negeri itu.

"Pengampunan pada tahun 2002 merekodkan lebih 200,000 rakyat asing tanpa dokumen telah meninggalkan Sabah, tetapi mereka kembali semula dengan dokumen di bawah nama lain dan memusnahkan dokumen yang telah tamat tempoh,” katanya.

"Rakyat asing itu pulang semula ke Sabah kerana rakan-rakan atau saudara mara mereka – melalui pelbagai cara – telah mendapat status bumiputera baru di Sabah. Mereka datang semula dengan harapan, mereka juga akan mendapat status yang sama.

"Terdapat kilang-kilang KP untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi mendapatkan KP Malaysia palsu,” dakwa Dr Chong, seorang jurubedah perunding dengan Pusat Perubatan Sabah.

Beliau mendakwa, satu kes di Mahkamah Tinggi di Tawau pada 1995 telah mendedahkan ahli Umno telah membantu rakyat asing menjadi rakyat asal Sabah.

Katanya, tidak dapat dipastikan berapa ramai sebenarnya rakyat asing yang memilik pas kerja.

Jumlahnya bergantung kepada siapakah yang menerbit angkanya, tambah Dr Chong sambil menambah jumlahnya dianggarkan antara 153,000 hingga 418,000 orang sejak beberapa tahun yang lalu.

Guna nama baru

Tetapi rekod menunjukkan 147,000 rakyat Indonesia di Sabah turut membuang undi dalam pilihanraya Presiden Indonesia pada 1999.

"Lagipun berapakah yang memusnahkan dokumen mereka apabila tamat tempohnya? Jika ditangkap dan dihantar pulang, mereka datang semula di bawah nama baru. Pusingan akan berterusan...,” kata Dr Chong.

Beliau yang juga bekas seoorang senator berkata terlalu banyak kad IMM13 palsu dikeluarkan kepada rakyat asing yang dikategorikan sebagai ‘pelarian’ atau orang dipindahkan.

"Jumlah mereka pada awal tahun 1970-an ialah sekitar 60,000. Selepas lebih 30 tahun berlalu, kita diberitahu jumlah mereka masih sekitar 60,000," katanya.

Baru-baru ini, bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee berkata jumlahnya kurang daripada 18,000 tetapi Dr Chong menyifatkanya sebagai mengelirukan.

"Berdasarkan kepada pertambahan 300 peratus penduduk Sabah dari 1970 hingga 2000 maka jumlah mereka pada hari ini sepatutnya di sekitar 240,000," kata Dr Chong.

Menurut pemimpin PBS itu, dengan mengatakan terdapat hanya 60,000 pemegang kad IMM13 bermakna sebahagian besar daripada yang lainnya, mungkin sudahpun memilik KP Projek Mahathir.

"Dan kita diberitahu bahawa terdapat 20,000 pemilik IMM13 diberikan status pemastautin tetap (PR) – dan ini dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri Sabah, walaupun Sabah masih mempunyai bidangkuasa terhadap perkara berkaitan imigresen,” kata Dr Chong.

Siapa rugi

Baru-baru ini, Ahli Parlimen dari Tuaran, Wilfred Tangau, yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berkata, menjelang akhir tahun ini, kesemua pemilik IMM13 di Sabah akan diberi taraf PR tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Manakala W Shawaluddin W Hassan dan Ramli Dollah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, pada 2002, pengeluaran kad IMM13 kepada ‘pelarian’ Filipina telah menimbulkan masalah apabila mereka diberi kebenaran tinggal di Sabah dan golongan yang rugi ialah penduduk bumiputera tempatan.

"Tapi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Mohd Nazri (Aziz) berkata pelarian di Sabah bukan satu masalah,” kata Dr Chong lagi.

Di banyak daerah di Sabah, jumlah pendatang asing, termasuk yang memilik KD Projek Mahathir dan anggota keluarga mereka, melebihi jumlah penduduk tempatan.

"Bayangkan impaknya bukan sahaja terhadap hak-hak sosio-ekonomi, tetapi juga hak adat penduduk asal Sabah,” katanya.

Adalah mengecewakan, katanya, beberapa pemimpin persekutuan menafikan bahawa kehadiran rakyat asing itu menimbulkan banyak masalah di Sabah, termasuklah penyakit berjangkit.

Dr Chong menyifatkan keadaan sekarang sebagai kritikal, sambil menambah, tindakan drastik perlu diambil bersama keazaman politik yang kuat serta kejujuran untuk menyelamatkan kedaulatan Sabah dalam Malaysia.

MAKA TIDAK HAIRANLAH KALAU KEJADIAN PENGUNDI HANTU DATANG MENGUNDI PADA PILIHANRAYA UMUM DAN PILIHANRAYA KECIL BERLELUASA KERANA KAD PENGENALAN BOLEH DIKILANGKAN DAN DIJUAL DENGAN MUDAH MACAM PISANG GORENG PANAS.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Rockerz said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59