Tuesday, 1 August 2006

KETUA Umno BODOH TAPI KEPINGIN NAK BERIJAZAH


KOTA KINABALU 1 OGOS : Sejak akhir-akhir ini banyak sekali email yang diterima oleh sesiapa yang mempunyai email, yang menawarkan Diploma, Ijazah, Masters dan PhD tanpa belajar atau memasuki Universiti.

Seseorang itu hanya perlu membayar sejumlah tertentu, kemudian tunggu dalam masa beberapa hari atau bulan, mereka akan dijemput menghadiri majlis konvokesyen yang melayakkan mereka bergelar ‘graduan’ lulusan luar negara, sama ada daripada University Of Newcastle, United Kingdom atau Camden University, USA.

Ijazah ekpress ini boleh dimiliki tanpa perlu mengikuti pengajian bertahun-tahun, bersengkang mata dan memerah otak untuk menduduki peperiksaan atau menyiapkan tesis.

Dikatakan segulung Diploma Pengurusan Perniagaan, boleh diperolehi hanya dengan mengisi ‘borang pendaftaran’ dan disertakan bayaran sebanyak RM8,600.

Agensi yang menawarkan sijil akademik peringkat ijazah dan kedoktoran palsu daripada universiti terbabit dikesan baru-baru ini, beroperasi di Asia City, Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sejak bila perkhidmatan haram itu telah beroperasi.

Sindiket berkenaan dipercayai memalsukan sijil akademik luar negara bertaraf Diploma, Sarjana Muda Sastera (BA), Master Of Arts (MA), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) sehinggalah kepada Doktor Falsafah (PhD).

Para ‘graduannya’ dari pelbagai latar belakang, termasuk beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan negara ini, yang menggunakan perkhidmatan agensi terbabit sebagai jalan mudah bagi ‘meningkatkan’ pencapaian akademik sekaligus mengangkat status mereka.

Bagi mengabui mata pelbagai pihak, sindiket terbabit akan mengadakan majlis konvokesyen untuk para ‘graduannya’ di beberapa hotel terkemuka – antaranya di The Palace Of Golden Horses, di ibu negara.

Menariknya majlis konvokesyen itu akan berlangsung sepanjang tahun, setelah bilangan ‘graduan’ yang mendaftar telah mencapai kira-kira 400-500 orang pada satu-satu masa, dan bukannya seperti kelaziman iaitu selepas penuntut menamatkan sesi pengajian masing-masing.

Beberapa pemimpin politik Sabah dikatakan menggunakan perkhidmatan agensi di Asia City itu, antaranya Ketua Umno Bahagian Kota Belut, Datuk Musbah Haji Jamli dan dua Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Japlin Akim dan Adun Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Musbah dipercayai memiliki dua ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) palsu daripada Universiti Of Newcastle, yang diperolehinya dengan bayaran RM20 ribu, sementara kedua-dua pembantu kanan ADUN berkenaan dipercayai memiliki sijil Diploma Pengurusan Perniagaan (DBA) palsu.

Musbah adalah penyokong kuat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Negeri Bawah Bayu itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini perbuatan mereka itu berjaya dihidu oleh seorang penulis tempatan, Musli bin Oli.

Dakwanya, pemimpin terbabit telah menerima ijazah masing-masing pada ‘majlis konvokesyen’ di hotel terkemuka di ibu negara beberapa bulan lepas.

Siasatan lanjut yang dibuatnya, termasuk carian di laman web universiti berkenaan, mendapati senarai nama mereka terbabit tiada dalam senarai para graduan.

Menyedari tembelang mereka telah pecah, Musbah dipercayai mengarahkan pihak tertentu melakukan ugutan terhadap penulis terbabit.

Musli kemudiannya menerima beberapa panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang berbentuk ugutan dan ancaman daripada individu yang mendakwa diarah oleh Musbah.

Beliau kemudianya membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing, Sabah pada 17 Julai lalu.

Ekoran laporan polis berkenaan, pejabat operasi agensi berkenaan di Blok A, Asia City Kota Kinabalu itu, dipercayai ditutup atau dipindahkan, memandangkan papan tanda agensi berkenaan telah diturunkan.

Nampaknya semua jenis kesalahan telah dilakukan oleh pemimpin Umno. Bunuh orang, rogol, rasuah, tipu, fitnah, zina, punyai Ijazah palsu semua telah dilakukan oleh mereka. Nampak jelas bahawa dalam Umno ini pemimpin dan ahli mereka tidak pernah dididik ke arah menjadi insan yang berakhlaq dan mentaati tuhan. Apa yang penting bagi mereka ialah habuan dunia samada duit, harta atau untuk memuaskan nafsu semata-mata. Itu sebabnya setiap program Umno sudah pasti diselitkan dengan konsert, tarian dan pergaulan bebas.

Negara semakin teruk dan punah kerana pemimpin sendiri sanggup menipu dengan apa cara sekalipun untuk menaikkan diri mereka. Untuk menunjukkan mereka terpelajar misalnya, mereka sanggup menipu dengan membeli sijil seperti ini. Ini merupakan satu tindakan yang sungguh tidak bermoral. Kalau pemimpin macam ini menipu maka sudah pastilah rakyat akan menipu juga.

Penipuan seperti ini akan menambahkan kemelut pengangguran di negara kita lebih-lebih lagi negara kini dibanjiri ribuan siswazah menganggur. Kewujudan pemegang ijazah palsu akan menambah perit siswazah yang benar-benar berkelayakan untuk bersaing meraih pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bilangan siswazah menganggur telah mencecah 60,000 orang, 70 peratus daripadanya Bumiputera dan 70 peratus keseluruhannya pula wanita.

Seramai 18.6 peratus daripadanya lulusan dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan sumber manusia; komputer dan teknologi maklumat (16.3 peratus); kejuruteraan (13.5 peratus) serta sastera dan sains sosial (11.9 peratus).

Baru-baru ini sebuah akhbar tabloid telah membongkar sindiket pemalsuan sijil akademik dan kokurikulum daripada beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) tempatan serta luar negara.

Dilaporkan dengan membelanjakan antara RM200 hingga RM1,500 melalui internet menggunakan kad kredit atau pemindahan wang ke bank secara online, segulung ijazah boleh dibeli daripada pihak tertentu.

Malah, ijazah itu boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan majikan lebih tertarik dengan tahap pencapaian calon berbanding mengesahkan keaslian sijil yang dijadikan bukti pencapaian akademik.

Gejala ini didedahkan MVD International Sdn Bhd (MVD International) Kuala Lumpur, syarikat yang menjalankan perkhidmatan penyiasatan dan risikan bagi pelanggannya yang terdiri daripada syarikat tempatan dan asing.

Menurut Pengarah Urusannya, M Venodevan, daripada 20,000 kes pemalsuan dokumen dan kelayakan diri yang disiasat MVD International di seluruh negara sejak tahun 2000, kira-kira 10 peratus membabitkan kes pemalsuan sijil akademik.

Gejala itu semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang membabitkan semua kaum dengan kira-kira 35 peratus adalah wanita.

Antara faktor penyebabnya kerana persaingan sengit untuk merebut jawatan yang ditawarkan sesebuah syarikat.

Perangkaan itu hanya membabitkan siasatan oleh MVD International untuk pelanggannya yang 60 peratus daripadanya adalah syarikat asing yang beroperasi di negara ini.

Dipercayai jumlah pemalsuan dokumen, khususnya pemalsuan sijil akademik jauh lebih besar daripada apa yang berjaya dikesan oleh syarikat risikan berkenaan.

Sumber : Malaysiatoday

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

memang x adil la..tapi ini la realiti dunia yg fana..nk wat cm mna kn..d sbh mmg cm ne bnyk sgt penipuan, terutama ahlli politik..tgk je la isu PTI, ic palsu huhuu

Anonymous said...

I regret, that I can help nothing. I hope, you will find the correct decision. Do not despair.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59