Tuesday, 22 August 2006

KERAJAAN ISLAM HADHARI TERENGGANU TERUS GALAKKAN RAKYATNYA BERKONSERT


KUALA TERENGGANU 22 OGOS : Selepas sahaja kemenangan anak Terengganu, Faizal dalam pertandingan Akademi Fantasia, konsert, program hiburan dan sebagainya semakin subur di Terengganu. Kalau sebelum inipun program-program melalaikan seperti inipun makin menjadi-jadi, maka selepas kemenangan Faizal program sebegini bukan sahaja dianjurkan oleh pihak tertentu malah kerajaan negeri Terengganu sendiri menggalakkannya.

Ini semua tahu inilah strategi kerajaan Islam Hadhari Terengganu untuk memikat dan melalaikan anak-anak muda di Terengganu supaya terus memberikan sokongan kepada BN yang terkenal dengan sifatnya menghalalkan setiap progam hiburan tanpa adanya batasan-batasan tertentu.

Media melaporkan bahawa kepulangan juara Akademi Fantasia 4 (AF4), Faizal ke Terengganu selama tiga hari disambut dengan meriah oleh penduduk negeri itu.

Hampir 30,000 peminatnya mengambil peluang melepaskan rindu terhadap bintang baru AF4 itu dengan menyerbu ke Pantai Peranginan Kelulut, Marang untuk menyaksikan persembahannya pada malam Rabu lalu.

Jalan raya sejauh 10 kilometer sesak apabila mereka mula berpusu-pusu ke pantai berkenaan sejak pukul 6 petang bagi menyaksikan persembahan sulung anak kelahiran Marang itu di Terengganu.

Faizal yang pertama kali pulang ke Terengganu sejak menyertai AF4 sekitar Jun lalu melahirkan rasa terharunya ekoran sambutan di luar jangkaan itu.

“Saya berasa gembira dapat pulang ke Terengganu kerana saya sangat rindukan kampung halaman. Sebelum ini, paling lama pun saya tinggalkan Terengganu seminggu,” katanya.

Beliau yang tidak putus-putus melemparkan senyuman ke arah peminat melahirkan kegembiraan kerana dapat memberikan persembahan khas untuk penduduk Terengganu pada malam itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutama penduduk Terengganu kerana membantu saya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi,” ujarnya.

Bagi menghiburkan para peminatnya pada malam itu, Faizal menyampaikan lapan buah lagu termasuk Dealova, Lihatlah, Kamalia, Blues Terengganu Kita dan dua lagu rakyat Terengganu, Wa Timang Landak serta Anak Udang.

Faizal juga mendapat hadiah istimewa daripada Kelab Penyokongnya apabila mereka mengadakan sambutan hari lahirnya yang ke-22 secara mengejut selepas persembahannya di Pantai Peranginan Kelulut.

Kira-kira 50 ahli kelab tersebut memberikan kejutan berkenaan apabila Faizal tiba di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Inilah budaya yang cuba ditanamkan oleh Derih Jusoh dan kerajaannya di kalangan anak muda supaya khayal dalam dunia hiburan tanpa memikirkan alam persekitaran dan apa juga peristiwa sekeliling.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59