Saturday, 12 August 2006

KEJADIAN ZINA, PELACURAN DAN ROGOL BERLAKU HAMPIR SETIAP HARI DI MELAKA


MELAKA 12 OGOS : Negeri Melaka yang sedang pesat 'membangun' dari segi pembangunan menurut dakwaan Ketua Menterinya rupa-rupanya turut 'membangun' dari segi gejala maksiat dan jenayah.

Inilah akibatnya apabila pembangunan material tidak seiring dengan pembangunan spiritual dari segi agama dan alhlaq.

Media hari ini melaporkan satu lagi kejadian menjijikkan apabila Dua beradik perempuan yang sedang menuntut dalam tingkatan satu dan dua menjadi mangsa rogol bapa sendiri dan rakan lelaki yang baru dikenali dalam dua kejadian berasingan, baru-baru ini.

Kakak berusia 14 tahun mengadu dirogol bapa kandung manakala adiknya berusia 13 tahun pula mendakwa dirogol dua lelaki yang baru dikenalinya.

Berikutan itu, bapa kandung pelajar berkenaan yang berusia 38 tahun ditahan selepas sejam pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Udang, pagi kelmarin.

Manakala dua lelaki itu gagal dikesan berikutan pelajar berkenaan tidak mengetahui identitinya.

Pegawai Turus Jenayah Khas (D9), Deputi Superintendan Mansor Hussein, berkata bapa mangsa yang tidak bekerja itu ditahan di sebuah kedai makan di Tanjung Kling, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurutnya, bapa mangsa ditahan reman dua minggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Katanya, mangsa mendakwa dirogol bapanya pada 15 Jun lalu, jam 5 petang di rumah mereka di Tanjung Kling ketika ibu dan adik beradik lain tiada di rumah.

Beliau berkata, mangsa takut membuat laporan polis mengenai kejadian itu berikutan diugut bapanya supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

“Mangsa yang mengalami tekanan perasaan akibat kejadian itu mengambil keputusan lari dari rumah pada 6 Ogos lalu tetapi ditemui semula oleh rakan bapanya kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu,” katanya.

Mansor berkata, selepas dipujuk, mangsa menceritakan apa yang berlaku kepada rakan bapanya itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Udang pada jam 3.40 pagi, kelmarin.

Sebelum itu, adik mangsa pula mendakwa dirogol dua lelaki ketika keluar bersama-sama mangsa di Pantai Puteri, pada 23 Jun lalu.

Katanya, dua beradik itu keluar rumah untuk bersiar-siar pada jam 8 malam dan duduk di tepi pantai berkenaan apabila dihampiri dua lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, seorang daripada lelaki terbabit kemudian mengikut mangsa untuk bersiar-siar di tepi pantai manakala kakaknya pula mengikut seorang lagi lelaki.

“Ketika berjalan di tepi pantai, mereka bertemu dengan seorang lagi lelaki dipercayai rakan kepada lelaki yang baru dikenali itu sebelum merogolnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Sungai Udang pada jam 8 malam, Rabu lalu.

Katanya, polis gagal menahan lelaki terbabit berikutan mangsa tidak dapat mengecam mereka dan hanya mengetahui menerusi nama samarannya sahaja.

Menurutnya, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59