Wednesday, 2 August 2006

ISLAM HADHARI YANG TERPESONG


MELAKA 2 OGOS : Berita di bawah ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa Islam Hadhari yang menjadi amalan pengikut Imam Al Badawi adalah terpesong dari Islam sebenar. Manakan tidak Rocker di haramkan tetapi persembahan artis wanita yang mendedahkan aurat dan percampuran bebas lelaki dan wanita di halalkan.

Isu tercetus apabila pihak penganjur Pesta Konvokesyen Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) ke-2 memanggil Rocker untuk membuat persembahan sedangkan rocker itu sudah disenaraihitamkan oleh kerajaan negeri daripada membuat sebarang persembahan di negeri ini sejak 2002.

Tetapi kerajaan negeri tidak pula mengharamkan pergaulan bebas dan persembahan artis wanita yang melalak dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Kadang-kadang pakaian mereka juga agak menjolok mata dengan pakaian yang ketat menampakkan bentuk tubuh.

Menerusi pengisian aktiviti pesta konvokesyen di laman web KUTKM, artis turut dijadualkan mengadakan persembahan mulai 3 hingga 7 Ogos di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Ayer Keroh.

Laporan akhbar 26 Februari 2002, Mohd Ali mengumumkan penyanyi rock itu diharamkan daripada mengadakan sebarang konsert di negeri ini.

Ini berikutan, persembahan artis itu serta sebuah lagi kumpulan rock pada konsert amal anjuran Gerakan Belia 4B cawangan Limbongan di Dewan Hang Tuah, sehari sebelum itu tercemar kerana ada belia dan remaja yang hadir melepaskan gian melakukan ?head banging? atau menari dengan menghentakkan kepala.

Konsert itu dihadiri lebih 500 remaja dan ada antara mereka memakai baju berlambangkan Black Metal serta menunjukkan isyarat kumpulan itu.

Pada konsert itu juga, ada remaja terikut-ikut dengan rentak muzik ?ala Barat? yang dipersembahkan penyanyi terbabit dengan melakukan ?head banging?.

Inilah ukuran Halal atau Haram Islam Hadhari yang tidak langsung mengambil Islam sebagai panduan. Sedangkan dalam Islam jelas mengajar kita bahawa suara wanita adalah aurat(lebih-lebih menyanyi), pergaulan lelaki wanita adalah haram dan sebagainya.

Renungkanlah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59