Friday, 18 August 2006

APA ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN KALAU PERANGAI DAN PEMIKIRAN KITA MASIH DIJAJAH


Apa erti sebuah kemerdekaan kalau perangai dan pemikiran rakyat dan pemimpin negara masih dijajah.

Rata-rata pemikiran pemimpin kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah apabila mereka masih mengekalkan undang-undang penjajah di negara kita. Seperti yang kita sedia maklum undang-undang kita asasnya adalah undang-undang barat yang dihasilkan oleh Lord Reid. Tidak hairanlah jika pemikiran dan tingkah laku pemimpin kerajaan yang ada sekarang begitu kebaratan.

Sistem pendidikan barat yang berorientasikan keduniaan terus bertapak di negara kita. Ada orang tidak faham dengan menuduh bahawa sistem pendidikan Islam hanya mementingkan hal-hal akhirat. Tetapi mereka tidak sedar bahawa sistem pendidikan lebih terkedepan dan maju. Islam tidak menolak kemajuan, sains dan teknologi. Tetapi kemajuan, Sains dan Teknologi di kawal oleh Islam.

Pemimpin-pemimpin negara juga masih terbelenggu dengan membiarkan rakyat terjerumus dalam dunia keseronokan tanpa batas. Siaran TV di negara kita hampir 80 % bercorak hiburan yang langsung tidak bermanfaat dan menjuruskan rakyat dan muda-mudi supaya melupakan alam sekeliling. Konsert, kelab malam, karaoke, rumah urut, dangdut di biarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan, malah ada tempat-tempat ini beroperasi sehingga ke pagi.

Perjudian dibiarkan berleluasa apabila kedai-kedai 'ekor' terus mendapat tempat dihati rakyat. Contohnya di sebuah pekan kecil di Melaka iaitu Taman Merdeka sahaja terdapat sekurang-kurang 3 kedai tikam ekor. Tiada tindakan dari pemimpin kerajaan dalam menangani isu perjudian yang membelenggu pemikiran rakyat dalam usaha mereka untuk mencari duit dengan mudah.

Muda-mudi terus terjebak dengan dadah dan dedah.Setiap hari jumlah penagih baru bertambah. Tindakan dan kaedah pencegahan yang diambil kerajaan langsung tidak berkesan kerana ianya berteraskan kaedah barat dengan meninggalkan cara Islam. Gejala dedah dan berpakaian menjolok mata sudah menjadi amalan muda-mudi perempuan. Seluar pendek, pakaian ketat, baju nampak pusat dan sebagainya sudah menjadi pakaian 'rasmi' mereka. Kalau pakai tudung sekalipun tudung tersebut sekadar menutup kepala tetapi dada tidak ditutup malah ianya digayakan sekali dengan seluar jeans ketat sehingga menampak tubuh yang montok.

Gejala sosial, zina, pergaulan bebas, lepak, homoseksual, budaya punk, rempit, khalwat, bersekedudukan, berpeluk dan bercumbu di tempat awam sudah menjadi perkara biasa sama sepeti apa yang berlaku di negara barat. Hasilnya begitu banyak kes buang bayi dan pengguguran berlaku setiap hari.

7,000 pelajar dilaporkan di buang sekolah dan 15,000 lagi ditangkap kerana ponteng. Semua ini membelenggu negara kita pada saat kerajaan dan rakyat melaungkan kemerdekaa.

Baru-baru ini juga kajian Institut Integriti Malaysia mendapati hampir 30 peratus generasi muda sanggup makan suap jika berkuasa dan bertanggungjawab terhadap sesebuah organisasi atau institusi. Keadaan sungguh menyedihkan hati kita kerana jelas muda-mudi kita sekarang ini dibelenggu oleh sifat tamak dan mementingkan kesenangan hidup dunia semata-mata tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Isu paling besar yang dihadapi sekarang ini ialah isu murtad yang melanda orang Islam. Angka 100,000 lebih jumlah orang Islam murtad sebagaimana kenyataan Mufti Perak amat menggerunkan. Namun pemikiran pemimpin Islam Hadhari masih dijajah dan terjajah sehingga mereka langsung tidak merasakan ianya amat merbahaya. Anda antara mereka menyatakan angka itu tidak benar. Mereka seolah-olah melihat gejala murtad ini dari segi matematik tanpa menyedari bahawa jika hanya 1 kes pun terjadi ianya adalah serius dan perlu ditangani. Malangnya undang-undang murtad tidak ada dalam negara Islam Hadhari ini menjadi gejala ini kian lama kian menular.

Barat juga berjaya menjajah pemikiran pemimpin negara apabila berjaya menanamkan kepercayaan bahawa kebebasan agama dan hak asasi manusia mesti dihormati sehingga menyebabkan ujudnya golongan Atikel 11, IFC dan SIS yang sekarang ini sedang hebat berusaha untuk menghapuskan kedaulatan Islam dalam perlembagaan negara. Rangkaian mereka ini yang didalangi barat dilihat sebenarnya mempunyai tujuan yang khusus iaitu untuk memurtadkan umat Islam. Malangnya ada pemimpin besar Islam Hadhari sendiri yang menyokong mereka ini. Malah anak pemimpin Islam Hadhari sendiri menjadi penyokong dan ahli SIS yang aktif.

Keselamatan rakyat di negara yang kononnya merdeka ini juga semakin terhakis. Saban hari kes bunuh, rogol,ragut, rompak, samun, ugut dan sebagainya menghiasi dada-dada akhbar. Apa erti semua ini. Rakyat merdeka di dalam ketakutan. Sehingga hendak ke keluar membeli barang dan pergi kerja pun ada yang dibunuh di tengah jalan.

Rakyat pula di ajar dengan budaya ugut dan rasuah ketika pilihanraya. Ada antara mereka yang diugut dibuang kerja, anak tidak diberi pinjaman pelajaran, bantuan ditarik balik dan sebagainya, jika tidak mengundi BN dalam pilihanraya. Malah mereka juga diberi rasuah dengan harta benda dan wang ringgit supaya mengundi BN. Pemimpin Umno dan BN bukan sahaja terlibat dengan rasuah ketika pilihanraya malah ketika pemilihan parti mereka juga terlibat sama seperti dibuktikan keatas Isa Samad. Ini semua disebabkan pemikiran mereka dijajah oleh satu fahaman dan kemahuan itu gila kuasa dan tamak.

Banyak lagi sebenarnya isu pemikiran kita masih djajah tetapi tidak mampu untuk saya ungkapkan di sini.

Pada pendapat saya, perjuangan kemerdekaan kita belum selesai. Ancaman-ancaman kepada rakyat dan negara wujud pula dalam pelbagai bentuk. Pemimpin negara mesti memikirkan dan mengubah diri mereka dari belenggu pemikiran penjajah jika mahu negara ini merdeka sepenuhnya.

Oleh : Rakyat tidak merdeka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59