Thursday, 17 August 2006

7,000 DIBUANG SEKOLAH, 15,000 DIGANTUNG.


PUTRAJAYA 17 Ogos – Sejumlah 7,000 pelajar dibuang sekolah sementara kira-kira 15,000 yang lain digantung persekolahan pada tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai perbuatan salah laku termasuk ponteng, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar semalam.

Inilah hakikat yang berlaku sekarang, tetapi kerajaan Islam Hadhari masih belum mahu mengaku bahawa mereka gagal menyediakan satu sistem pendidikan yang mantap dan berkesan. Kerajaan masih berdegil tidak mahu kembali kepada sistem pendidikan Islam yang bukan sahaja mementingkan akademik tetapi asas-asas agama juga mesti dititik-beratkan.

Angka 7,000 dan 15,000 ini bukan merupakan angka yang kecil. Ianya jelas menunjukkan bahawa kita gagal menghasilkan remaja yang berdisiplin dan berakhlak. Semua orang tahu bahawa subjek agama bukanlah subjek wajib di sekolah. Malah ianya menjadi subjek pilihan sahaja. Jadi sudah tentu pelajar-pelajar akan belajar secara sambil lewa sahaja.

Fenomena ponteng, terlibat dengan gejala sosial, pergaulan bebas, dadah, merokok dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa. Ini ditambah lagi dengan persekitaran yang penuh dengan budaya hedonisme dan pergaulan bebas, maka bertambah parahlah akhlaq dan kelakuan remaja dan pelajar-pelajar kita.

Sementara itu AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Norazli Musa mendedahkan bahawa terdapat seorang murid Tingkatan 1 di sebuah negeri di Semenanjung berani berjumpa Pengetua sekolahnya memberitahu bahawa beliau mahu murtad. Inilah contoh yang jelas betapa rapuhnya sistem pendidikan negara ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59