Tuesday, 22 August 2006

4 NEGERI TIADA UNDANG-UNDANG KAWAL PENGEMBANGAN AGAMA LAIN DI KALANGAN ORANG ISLAM


MELAKA 22 Ogos – Empat negeri tersebut - Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tiada undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa ini semua negeri beraja - Perlis, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu serta Melaka sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing.

Kelantan negeri paling awal berbuat demikian pada tahun 1981 dan paling akhir ialah Johor pada tahun 1991.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel itu berbunyi: Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Di Selangor misalnya, undang-undang yang dikenali sebagai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 itu menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam, menjadi pengikut atau ahli agama bukan Islam atau meninggalkan atau membelakangi agama Islam.

Adalah diharapkan seluruh rakyat negara ini hendaklah mematuhi segala perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia sudah dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu sejak merdeka dengan mengambil kira pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

Oleh kerana tiadanya undang-undang sedemikian (atau kalau adapun tidak ada penguatkuasaan yang serius), telah menyebabkan berlaku penyebaran tanpa kawalan oleh pengikut agama lain ke atas penganut agama Islam.

Kita juga tidak pernah atau jarang mendengar tindakan undang-undang diambil ke atas mubaligh-mubaligh kristian, hindu dan agama lain walaupun terdapat kes-kes penyebaran agama lain terutama kristian di kalangan orang Islam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59