Thursday, 27 July 2006

WANG RAKYAT DIBAZIRKAN SEMATA-MATA UNTUK JAGA KESELAMATAN 'PEMBUNUH' UMAT ISLAM


KUALA LUMPUR 27 JULAI : Penembak tepat dan anjing pengesan dan beratus anggota polis ditugaskan berkawal hari ini menunggu ketibaan Setiausaha Negara Amerika Condoleezza Rice untuk menghadiri Forum Rantau Asean (ARF). Jumlah mereka kesemuanya adalah kira-kira 600 orang.

Penggunaan pegawai dan kelengkapan kerajaan untuk mengawal dan menjaga keselamtan pemimpin negara yang bertindak kejam kepada umat Islam ini amat dikesalkan selain ianya juga membazirkan wang rakyat.

Sepatutnya pemimpin negara Islam Hadhari ini awal-awal lagi membantah kehadiran Rice demi menghormati sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Semua orang tahu Amerika bukan sahaja menyokong Zionis menyerang dan membunuh umat Islam di Lubnan dan Palestin malah membekalkan bom dan senjata kepada Zionis dalam kempen ketenteraan rejim itu di Asia Barat sekarang.

Malang sungguh bagi kita umat Islam di Malaysia yang mempunyai ketua yang lembik dan dicucuk hidung seperti Imam Al Badawi ini.

Ketua pengawal polis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Penguasa Abdul Haddi Itam, berkata, anggotanya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang gangguan dan kekacauan.

Beliau memberitahu AFP, pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

Rice yang sebelum ini menghadiri mesyuarat tergempar mengenai konflik Timur Tengah di Rome, tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menghadiri ARF anjuran Asean esok.

Jet khas Tentera Udara Amerika Syarikat yang membawa beliau, tiba di Lapangan terbang Subang, dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Rice yang berkunjung ke Malaysia buat pertama kali, disambut oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar.

Beliau diiringi oleh Setiausaha Agung Kesatuan Eropah Dr Javier Solana dan Menteri Luar Kanada Peter Mackey.

Manakala Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov juga dijangka tiba di Kuala Lumpur bersama Ketua Bahagian Dasar Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana dan Menteri Luar Korea Utara Paek Nam-Sun.

Abdul Haddi berkata seramai 600 anggota telah ditempatkan di pusat persidangan tersebut.

"(Keselamatan) adalah terkawal. Kita mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengawal pusat persidangan dan berdepan dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Abdul Haddi berkata, pihaknya telahpun mengadakan sesi taklimat ringkas dengan pengawal keselamatan Rice dan semua langkah perlu telah diambil untuk memastikan keselamatan para tetamu.

"Contohnya, kami juga mempunyai skuad pemusnah bom serta mengadakan rondaan dari udara,” kata Abdul Haddi.

Penembak tepat pula diletakkan di tempat strategik manakala anjing pengesan digunakan untuk mengesan bahan letupan.

Menurut laporan akhbar, mereka ditempatkan di jambatan yang menjadi laluan kereta kalis peluru yang membawa Rice dari lapangan terbang.

Bayangkan berapa banyak wang rakyat yang dihabiskan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Jeego said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Faisal said...

ASEAN dan bersemuka dengan RICE, dan menyatakan hasrat secara terbuka utk meminta genjatan senjata. Ini namanya diplomasi. Kalau Rice masih lagi taknak terima permintaan ASEAN,then dia patut bersedia tentang langkah ASEAN seterusnya.

Dan Malaysia mempunyai tanggungjawab utk melindungi Rice, kerana jika Rice dicederakan/dibunuh di Malaysia, sudah tentu US akan menyerang Malaysia dalam sekelip mata. Perlindungan kepada Rice, adalah perlindungan kepada rakyat juga.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59