Sunday, 23 July 2006

Umno BACUL : TURUNKAN BENDERA PAS DAN BANNER DI MARKAZ PAS BUKIT BARU





Mohd Dan Sirun










BUKIT BARU 23 JULAI : Ketua Majlis Tindakan DUN Bukit Baru, Mohd Dan Sirun, 53, melahirkan rasa kecewa yang teramat sangat di atas kejadian di mana bendera dan banner PAS di Markaz PAS Bukit Baru telah di turunkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataannya kepada blog ini pagi ini, Mohd Dan berkata tindakan ini merupakan tindakan bacul Umno dan Ketua Menteri, Ali Rustam yang menjadi ADUN Bukit Baru yang takut untuk berhadapan dengan PAS secara anak jantan.

"Mereka ini takut kepada bendera dan banner, sedangkan ianya di pasang di kawasan premis Markaz PAS, mereka merasa benci dan khianat kepada kita" tegas beliau.

"Perkara ini juga ada kaitan dengan program Japerun bersama MBMB yang di anjurkan oleh mereka di kawasan lapang Jalan Mat Riau Bukit Baru Dalam yang berdekatan dengan Markaz ini" tambah beliau lagi.

Sementara Mohd Dan akan membuat aduan polis bersabit dengan kejadian ini kira-kira jam 10.00 pagi ini. Aduan tersebut adalah berkaitan dengan dua kejadian menurunkan bendera dan banner pada Pada 17 Julai 2006 lebih kurang jam 3.45 petang dan Pada 21 Julai 2006 lebih kurang 12.30 tengahari.

"Saya mengesyaki bahawa kedua-dua kejadian tersebut di lakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur khianat terhadap PAS. Kejadian ini kemungkinan ada kaitan dengan program anjuran Japerun bersama MBMB yang berlangsung 22 dan 23 Julai 2006 di lorong Mat Riau, Bukit Baru Dalam yang berdekatan dengan Markaz PAS Bukit Baru." kata Mohd Dan mengakhiri kenyataan beliau.

Beliau juga memohon pihak Polis menyiasat kejadian ini kerana bimbang perkara ini akan menimbulkan ketegangan antara ahli PAS dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59