Tuesday, 25 July 2006

TIMBALAN KETUA DPPN PULAU PINANG, US HAFIZ NORDIN DAN TYDP PAS KAWASAN BUKIT BENDERA DI DAKWA JUMAAT INI


PULAU PINANG 25 JULAI : Dua pemimpin PAS Pulau Pinang dan seorang ulama bebas akan didakwa di mahkamah Jumaat ini atas tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram membantah forum Hak Kebebasan Beragama anjuran Kumpulan Artikel 11 di Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.

Mereka ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Abdul Rahim Ismail; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Hafiz Nordin dan pendakwah bebas, Ustaz Shauhul Hamid.

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri, Saiful Lizan Mohd Yusuf memberitahu malaysiakini, mereka menerima surat arahan rasmi supaya hadir di Mahkamah Seksyen Timur Laut, Pulau Pinang pada 28 Julai ini.

Mereka dituduh menyertai perhimpunan haram di hadapan Hotel Cititel, Pulau Pinang pada 14 Mei 2006 antara pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi. Mereka didakwa di bawah seksyen 27(5) Akta Polis 1967 (Akta 344).



Dalam demonstrasi anti-Kumpulan Artikel 11 dan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) itu, kira-kira 500 orang dari pelbagai pertubuhan Islam bukan kerajaan, mengadakan tunjuk perasaan mendesak forum Hak Kebebasan Beragama itu dibatalkan.

Penganjur forum

Penganjur forum itu bagaimanapun tetap meneruskan program mereka dan hanya memberhentikannya setelah campurtangan polis.

Sebelum ini, ketiga-tiga mereka telah disoalsiasat secara berasingan di Balai Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang .

“Polis memilih mereka bertiga mungkin kerana menganggap mereka mengetuai dan menganjurkan tunjuk perasaan tersebut,” kata Saiful Liza.

Beliau menambah, PAS Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan akan menyediakan khidmat guaman kepada ketiga-tiga mereka yang didakwa itu.

Kumpulan Artikel 11 telah menganjurkan program yang serupa di Johor Bharu Sabtu lalu. Kira-kira 500 orang mengadakan demonstrasi di hadapan Hotel Selesa, Johor Bahru, membantah forum yang dianggap mencabar kedudukan agama Islam di negara ini.

Sumber : Malaysiakini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59