Tuesday, 25 July 2006

SYED HAMID BUKANNYA NAK HALANG RICE DATANG, MALAH ALU-ALUKAN PULA KEDATANGANNYA


KUALA LUMPUR 25 JULAI : Tiada langsung rasa benci di lubuk hati Perdana Menteri dan Menteri Luar negara Islam Hadhari terhadap Amerika Syarikat kerana menghalalkan kekejaman Israel ke atas Lebanon dan Palestin. Ini dibuktikan oleh Menteri Luar, Syed Hamid Albar atau lebih manja dengan cembongan 'Kodomo Lion' apabila dengan bangga mengumumkan bahawa keputusan Rice untuk hadir selepas mengadakan lawatan ke Asia Barat masih tidak berubah.

Memang Islam Hadhari bersahabat dan berguru dengan Amerika untuk menentang kebangkitan Islam. Sebab itu mereka sangat gembira dengan kehadiran Setiausaha Negara terkutuk itu.

Kononnya kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice pada Forum Serantau Asean (ARF) ke-13, di sini diharap dapat memberi peluang kepada kuasa besar dunia itu memahami kemahuan masyarakat antarabangsa.

Kita semua tahu bahawa negara Islam Hadhari dan negara-negara Asean lain semuanya menjadi 'Pak Angguk' kepada mereka. Mereka malah rela menjadi seumpama ' beruk pemanjat kelapa' yang setia dengan apa juga suruhan tuan mereka Amerika.

“Kita berharap dalam interaksi dan perbincangan yang akan diadakan itu, Rice akan bersama-sama bertukar pandangan untuk memberi kebaikan kepada proses dunia yang sentiasa bergolak.

“Jangan anggap Asia Timur atau Asia tidak penting kerana rantau ini berperanan penting dalam hal untuk mencapai kemakmuran, keselamatan dan kestabilan dunia,” katanya ketika ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), semalam.

Apa yang berlaku nanti sudah pasti bukannya bertukar-tukar pandangan malah negara-negara pengecut ini akan hanya mendengar pandangan Amerika dan mengangguk sahaja, tidak berani untuk menyanggahnya.

“Dalam kes Israel, kita bukannya mahu AS menentang Israel tetapi lebih seimbang dalam peranan untuk capai keamanan supaya orang tidak marah dan tidak menganggap tidak ada keadilan di dunia ini,” kata Syed Hamid lagi.

Sepatutnya negara-negara Asean awal-awal lagi menolak lawatan Rice ini demi untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan tindakan Amerika yang jelas menyokong Israel dalam siri kekejaman di Asia Barat. Malah media hari ini melaporkan bahawa Amerika akan membekalkan kira-kira 100 bom ‘pemusnah kubu bawah tanah’ kepada Israel tidak lama lagi untuk membunuh pemimpin Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrallah dan memusnahkan parit-parit pertahanan pergerakan Syiah Lebanon itu.

Akhbar milik Arab Saudi, Asharq Al-Awsat dalam laporannya hari ini memetik sumber di Washington dan Tel Aviv sebagai berkata, bom yang boleh menembusi sehingga 40 meter ke bawah tanah itu akan dihantar ke Israel dari sebuah pangkalan tentera AS di Qatar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59