Monday, 3 July 2006

SAMPAI KIAMAT PUN DEB TAK AKAN TERCAPAI - SALAHUDDIN


BUKI BARU 2 JULAI : Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin Ayub menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan di capai sekiranya pemimpin-pemimpin Umno/BN tetap mengamalkan dua perkara yang terbukti menggagalkannya.

Faktor pertama ialah gejala rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan dan kedua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pengagihan projek-projek kerajaan.

'Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya katakan. Isu rasuah ini bukanlah isu baru dan ianya jelas terbukti dalam isu AP dan lain-lain' tegas Salahuddin.

'Kalau selama ini rakyat tidak percaya dengan dakwaan pembangkang, tetapi kini dakwaan yang sama di buat oleh bekas PM sendiri iaitu Tun Mahathir', apakah rakyat masih tidak percaya', soal Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dalam ucapan tersebut, beliau juga menyentuh isu kedurjanaan Israel di Palestin di mana beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia turun untuk berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Jumaat ini, 7 Julai selepas bersembahyang Jumaat di Masjid Tabung Haji.

Selain Salahuddin juga menyelar sikap bacul kerajaan Islam Hadhari yang gagal mengambil tindakan serius terhadap gejala murtad yang telah 'mengorbankan' 250,000 orang yang Islam yang telah murtad seperti yang dinyatakan oleh Mufti Perak, Dato' Hj Harussani Zakaria.

'Besok pagi, satu kes berkenaan seorang perempuan melayu yang murtad iaitu Lina Joy akan di dengar di Mahkamah di Kuala Lumpur. Kepada sahabat-sahabat yang berkelapangan marilah kita sama-sama meramaikan mahkamah untuk menunjukkan bahawa umat Islam amat peka kepada masalah murtad ini' tegas Salahuddin lagi.

Ceramah tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal kerana Salahuddin terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur untuk persediaan menghadiri kes murtad tersebut dan juga menghadiri persidangan Dewan Rakyat sebelah petangnya.

Turut berceramah malam tadi ialah Ketua DPP Negeri Melaka, Us Kamaruddin Sedik.

Ceramah Umum yang julung kali diadakan di Markaz PAS Bukit Baru tersebut telah mendapat sambutan yang hebat dari penduduk setempat. Pada sebelah petangnya satu majlis Hi-Tea telah diadakan di perkarangan Markaz tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59