Friday, 7 July 2006

RIAK-RIAK PILIHANRAYA AWAL SUDAH KELIHATAN


MELAKA 7 JULAI : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah kementerian Penerangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Gerak Kerja Pilihanraya selama 3 hari bermula pada 3hb sehingga 5hb Julai 2006 bertempat di Merak Melaka Beach Resort.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohamed Amin Salih. Dalam ucapannya beliau menyeru pegawai-pegawai kerajaan dan juga menteri perlu berdiri teguh di belakang kerajaan sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pentadbir kerajaan.

Menurutnya lagi untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, pelbagai program telah direncana supaya BN berjaya mempertahankan kemenangan besar seperti Pilihanraya Umum 2004 lalu.

Bengkel tersebut juga bertujuan merangka format gerakkerja pilihanraya JASA serta membentuk garis piawaian laporan selain membentuk serta melatih pegawai-pegawai baruJASA sebagai urusetia, petugas dan perumus laporan pilihanraya peringkat negeri.

Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman ketika mengulas perkembangan menyeru seluruh pemuda dalam kawasan Bukit Katil supaya menggerakkan jentera masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan Pilihanraya awal diadakan.

"Jangan kita tunggu sehingga saat-saat akhir seperti masa lalu" tegas beliau yang juga Bendahari DPP Negeri Melaka.

"Kita juga akan menyusun semual jentera pilihanraya pemuda di setiap peringkat demi untuk memantapkan gerakerja supaya ia lebih sistematik dan teratur' tambah beliau lagi.

Kemelut politik mutakhir ini seolah-olah memungkinkan lagi pilihanraya awal berlaku kerana kedudukan Al-Badawi yang semakin goyah sekarang selepas di asak bertubi-tubi oleh bekas PM, Tun Mahathir Mohamad.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59