Wednesday, 19 July 2006

PUJIAN MELAMBUNG DERIH JUSOH KEPADA ALI RUSTAM ADA MAKNA


Jolokan San Antonio Malaysia kepada Sungai Melaka yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini seolah-olah mempunyai makna yang tersirat dan tersurat.

Pujian tersebut menyebabkan Ali Rustam 'kembang' dan tidak senang duduk. Malah Derih Jusoh juga menyatakan bahawa Terengganu akan meniru cara Melaka menguruskan sungainya.

Tetapi sedarkan Derih Jusoh bahawa sungai dekat Terengganu semuanya panjang-panjang umpama negerinya yang menjalar dari Pahang sampai Terengganu. Sudah pasti kos penyelenggaraannya akan tinggi. Tetapi itu tidak menjadi hal bagi mereka kerana ada projek ada 'masyuk'.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau kagum dengan usaha kerajaan negeri dibawah pimpinan Mohd Ali kerana berjaya meningkatkan industri pelancongan di negeri Lagenda Hang Tuah itu, khususnya perlaksanaan projek pengindahan Sungai Melaka.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Terengganu akan mencontohi langkah yang dilaksanakan Melaka dalam memajukan industri pelancongan negeri.

“Kita akan mencontohi Melaka dalam memaju dan menaikkan taraf sungai yang ada di negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, “ katanya.

Katanya, banyak perkara di Melaka yang boleh dijadikan contoh oleh Terengganu dalam memajukan industri pelancongan negeri berkenaan.

Mungkin Derih Jusoh ingin mencontohi Ali Rustam yang membiarkan sahaja tempat-tempat maksiat seperi Dangdut, Nite Club, Karaoke, Disko dan pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Maka tidak hairanlah mengapa muda-mudi di Melaka ini ramai yang terjerumus ke kancah maksiat dan pergaulan bebas. Inilah yang mungkin ingin sangat di contohi oleh Derih Jusoh yang sudah pasti mempunyai kepada 'hotak' yang sama dengan Ali Rustam di mana mereka berdua pun menganut pegangan yang sama iaitu Islam Hadhari.

Selain Derih Jusoh juga mungkin ingin meniru Ali Rustam yang dari segi mengadakan projek-projek pembangunan yang menelan belanja besar dan membazir. Ini kerana jika ada projek maka sudah pasti ada yang akan kenyang. Semua orang tahu siapa Derih Jusoh yang mempunyai syarikat sendiri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59