Monday, 3 July 2006

PKNM BANGKRAP?



AYER KEROH: Pejabat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam disita Mahkamah Tinggi di sini semalam, berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2 juta.

Selain Pejabat Mohd Ali di Tingkat 11 Bangunan PKNM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, tujuh lagi tingkat lain milik PKNM termasuk yang menempatkan pejabat pengurus besar, disita.

Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.

Surat Mahkamah Tinggi itu mengarahkan PKNM sebagai defendan membayar RM2.23 juta kepada plaintif, Subang Teknik (M) Sdn Bhd dalam tempoh tujuh hari mulai semalam atau semua barangan dalam pejabat yang disita akan dirampas.

Dua bailif Mahkamah Tinggi, Mohd Faishal Sulaiman dan Hamidah Hashim bersama Haja Mydin Abdul Kadir, selaku Pengarah Urusan Melody Jaya Holding Sdn Bhd, iaitu syarikat keselamatan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan barangan yang disita mahkamah dan dua peguam plaintif dari Tetuan Lamin & Co Kuala Lumpur, Shahril Lamin dan K Pathmanathan, pergi ke bangunan PKNM semalam.

Mohd Faishal, Hamidah dan Haja Mydin menampal notis sita di semua pejabat PKNM dari tingkat 4 hingga tingkat 11 bersama senarai barangan pejabat yang disita. Tiga lagi tingkat bangunan 11 tingkat itu disewakan.

Pengurus Kanan Pembangunan, Usahawan dan Perniagaan PKNM, Ab Rahim Ibrahim turut menandatangani surat mengesahkan barangan yang disita dari semua pejabat PKNM tetapi usaha pemberita untuk menemuinya tidak berhasil.

Inilah bukti bahawa Kerajaan Islam Hadhari Negeri Melaka memang pandai memerintah. Oleh kerana terlalu pandai pejabat pun kena sita.

Macamana negeri maju agensi yang bertanggungjawab untuk memajukan negeri pun berhutang sehingga 'rumah' sendiri pun tergadai.


SUMBER : BERITA HAIRAN & JASINDAILY

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59