Tuesday, 25 July 2006

PIHAK LUAR ADA AGENDA TERSEMBUNYI DALAM KES LINA JOY - SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA KAWASAN BUKIT KATIL




Gambar Kumpulan Artikel 11 yang sedang giat berusaha untuk menghapuskan keistimewaan Islam


BUKIT KATIL 25 JULAI : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sangsi dan curiga dengan dengan minat dan perhatian mendadak pertubuhan antarabangsa terhadap kes murtad Azlina Jailani (Lina Joy).

Setiausahanya, Khairuddin Ismail mendakwa kes ini menarik minat badan bukan kerajaan (NGO), individu tertentu dan kedutaan asing yang memantau kes tersebut sejak dari awal lagi. Jarang sekali sebelum ini kes-kes mahkamah yang melibatkan individu dan rakyat tempatan menjadi perhatian pihak luar seperti kes ini.

Khairul berkata, malah sebuah NGO yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu Bakej Foundation telah membuat kajian secara teliti dan mendalam mengenai kes Lina Joy itu. Sudah tentu mereka mempunyai niat dan peranan tertentu dalam kes ini.

"Kita khuatir pihak-pihak luar inilah yang menjadi dalang kepada usaha-usaha pihak tertentu yang sedang giat dijalankan untuk menghapuskan keistimewaan Islam di dalam perlembagaan negara" tambah Khairuddin lagi yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Setiausaha DPPK Bukit Katil itu berkata demikian pada pertemuan dengan wakil kami malam tadi selepas mesyuarat bulanan Dewan Pemuda Kawasan di Pejabat PAS Kawasan di sini.

Kes Lina Joy menjadi perhatian apabila beliau menyaman Kerajaan Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuang status ‘Islam’ nya dalam kad pengenalannya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59