Saturday, 22 July 2006

PAK LAH NAFI KHAIRY PENASIHATNYA


KUALA LUMPUR 22 JULAI : Akhirnya Pak Lah membuka mulut menjawab tuduhan Dr Mahathir dan para pemerhati politik bahawa menantunya Khairy Jamaluddin adalah penasihatnya. Jawapannya ini merupakan reaksi pertama Pak Lah setelah tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepadanya.

“Menantu saya bukan penasihat. Dia bekerja dengan saya. Sebagai pembantu saya, selalunya dia terlibat menyediakan analisis dan memberikan pendapatnya dalam banyak hal” kata Pak Lah selepas mempengerusikan mesyuarat ke 100 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri semalam.

“Dia meletakkan jawatan kerana dia sedar ramai orang mengkritik. Dia tidak lagi terlibat. Mengapa orang masih membuat tuduhan”? tanya Pak Lah.

Dalam ucapannya beberapa minggu lepas, Dr Mahathir (walaupun bukan secara terang-terangan) menuduh Khairy merupakan orang yang sering mempengaruhi Pak Lah dalam apa juga keputusannya. Mahathir secara kiasan menyatakan bahawa budak hingusan dan lulusan Oxford adalah lebih berkuasa dan segala keputusan yang diambil bukan keputusan mutlak Perdana Menteri.

Pemerhati politik juga melihat Pak Lah merupakan Perdana Menteri yang paling lemah kerana gagal menjawab secara kritikan Mahathir dan pembangkang dalam isu jambatan bengkok, Proton, kerugian sebahagian besar GLC, isu rasuah, isu menantunya dan lain-lain.

Selain itu pada zaman Pak Lah juga menteri-menteri bukan Islam berani menyentuh isu kedaulatan Islam apabila menghantar memo kepada Pak Lah supaya Perlembagaan negara artikel 11 (1A) di kaji semula.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59