Friday, 7 July 2006

MENTERI AKUI EKONOMI TERUK JADI PENYEBAB KEPADA PENGANGGURAN TINGGI DI KALANGAN SISWAZAH


KUALA LUMPUR 7 JULAI : Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Stopa Mamat mengakui bahawa keadaan ekonomi negara yang teruk menjadi penyebab kepada kenaikan peratus pengangguran di Malaysia. Sebelum kerajaan seringkali menafikan keadaan ini sebagai penyebab kepada masalah pengangguran yang kian meruncing.

Stopa hari ini berkata bahawa kerajaan akan mengambil langkah untuk menangani masalah siswazah menganggur termasuk dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan perakaunan yang antara lain ada hubungkait dengan keadaan ekonomi dan peluang perniagaan.

Beliau juga menyatakan bahawa masalah itu juga ada kaitan dengan kemahiran yang dimiliki siswazah itu sendiri.

Katanya, semua itu menjadi punca pengangguran di kalangan siswazah dan bukannya kerana keengganan sektor swasta mengambil mereka bekerja.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangani masalah tersebut.

Menurut laporan Bernama, Mustapa berkata, kerajaan memandang serius masalah siswazah menganggur kerana bukan hanya melibatkan lulusan jurusan tertentu tetapi juga termasuk jurusan kejuruteraan, perniagaan dan perakaunan.

Menurutnya, beliau sedang mengumpulkan angka siswazah mengganggur daripada Kementerian Sumber Manusia, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jabatan Perangkaan Negara.

"Data ini kena diinterpretasikan dengan betul dan angka ini berubah dari hari ke hari," katanya mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar bahawa 70 peratus daripada 20,217 siswazah menganggur ialah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam, 26 peratus dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan bakinya lepasan universiti luar negara.

Tetapi ada pihak mendakwa jumlah pengangguran sebenar lebih jauh dari angka tersebut bahkan ianya mencecah sehingga lebih 60,000 orang. Ini kerana ramai di kalangan penganggur siswazah ini tidak mendaftarkan diri mereka dengan mana-mana agensi seperti Jabatan Tenaga Rakyat dan sebagainya.

Terdahulu beliau menyampaikan amanat kepada kira-kira 3,000 mahasiswa baru Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2006/2007 semalam.

Di samping itu, katanya, kerjasama antara sektor swasta dengan pihak universiti perlu dimantapkan lagi bagi memastikan sebarang kursus baru yang ditawarkan, menepati kehendak pasaran tenaga kerja.

Kita hairan bagaimana kerajaan gagal menangani masalah ini kerana ianya sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Ianya menjadi semakin meruncing selepas kerajaan membenarkan Universiti dan Koleh Swasta beroperasi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ini ditambah lagi dengan ujudnya program berkembar dengan Universiti luar negara.

Sudah jelas kepada kita bahawa kerajaan Islam hadhari yang memerintah sekarang tidak mempunyai perancangan jangka panjang ketika membuat keputusan membenarkan universiti dan kolej swasta beroperasi di negara kita. Kerajaan seolah-olah hanya mementingkan wang ringgit hasil dari cukai dan bayaran yang di buat oleh institusi swasta tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59