Tuesday, 4 July 2006

MANA PEMIMPIN OIC KETIKA ISRAEL TERUS MEMBUNUH RAKYAT DAN MENANGKAP PEMIMPIN PALESTIN








MELAKA 4 JULAI : Pemimpin-pemimpin Islam khususnya OIC terus 'istiqamah' dengan sikap bacul dan pengecut mereka ketika Israel terus mengganas, membunuh dan menangkap pemimpin dan rakyat Palestin. Ini termasuklah pengerusi OIC yang juga PM Menteri Malaysia, Imam Al Hadhari Abdullah Badawi yang ketika ini senang lenang bercuti di Australia.

Tiada langsung kenyataan akhbar yang di buat oleh beliau. Malah sepatutnya beliau membatalkan percutian beliau dan memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu keganasan Israel ini.

Inilah bahayanya apabila pemimpin-pemimpin ini dicucuk hidung oleh Amerika dan sekutunya. Mereka ini ibarah kerbau yang telah dicucuk hidungnya boleh ditarik ke sana ke mari.

Israel bukan sahaja berani membunuh rakyat Palestin seperti mereka lakukan berpuluh-puluh tahun lalu malah berani menceroboh dan menangkap pemimpin-pemimpin Palestin yang dipilih secara sah dalam pilihanraya Palestin baru-baru ini. Antara yang ditangkap oleh ialah beberapa orang menteri kabinet Palestin.

Dunia barat seperti yang dijangka hanya berdiam diri menjadi penonton walaupun yang dibunuh adalah rakyat yang tidak berdosa. Nyawa manusia di Palestin umpama nyawa ayam dan burung bagi mereka. Tindakan negara barat juga dituruti oleh umat Islam yang nampaknya tidak langsung menunjukkan semangat persaudaraan Islam.

Al-Badawi sendiri yang terkenal dengan Islam Hadharinya juga tidak berani melakukan sesuatu walaupun belaiu adalah pemimpin pertubuhan negara-nagara Islam Sedunia. Beliau lebih selesa bercuti dan bersuka ria dengan keuarganya. Pemimpin jenis apakah ini.

Al-Badawi ini sebenarnya sama sahaja seperti Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang seolah-olah lebih suka umat Islam Palestin dan Menteri-menteri Palestin dari Hamas ini dibunuh dan ditangkap. Ini kerana Al-Badawi dan Abbas menganut fahaman yang sama iaitu Nasionalis Sekular yang tidak menjunjung Islam sebagai perjuangan mereka. Sebab itulah Amerika menyayangi mereka.

Media hari ini melaporkan bahawa helikopter penggempur Israel membedil sasaran di Genting Gaza semalam selepas Perdana Menteri, Ehud Olmert mengarahkan tentera memperhebatkan operasi untuk membebaskan seorang askar yang diculik.

Olmert juga memberi amaran kepada para pemimpin kerajaan Palestin pimpinan Hamas bahawa sesiapa sahaja di kalangan mereka boleh menjadi sasaran serangan.

Sebuah helikopter melancarkan peluru berpandu ke sebuah bangunan di Bandar Gaza yang didakwa oleh tentera Israel digunakan oleh pejuang Palestin.

Gerakan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas berkata, bangunan yang dibedil itu digunakan oleh sebuah badan kebajikan.

Saksi berkata, Hamas juga mempunyai pejabat di situ.

Dua peluru berpandu turut mengenai kawasan di utara Gaza dekat pekan Beit Lahiya dan menyebabkan seorang cedera ringan.

Ugutan Olmert itu disuarakan selepas pesawat perang Israel melancarkan serangan peluru berpandu terhadap pejabat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh sebelum subuh semalam.

“Saya telah memberikan arahan supaya diperhebatkan operasi tentera dan pasukan keselamatan bagi memburu pengganas, pihak yang menghantar mereka dan yang melindungi mereka,” kata Olmert dalam mesyuarat Kabinet semalam.

“Saya akan mengulangi amaran sebelum ini bahawa tidak ada sesiapa yang memiliki kekebalan.”

Israel mengerahkan askar dan kereta kebalnya ke selatan Genting Gaza pada Rabu lalu selepas kumpulan pejuang Palestin termasuk daripada sayap bersenjata Hamas menculik Koperal Gilad Shalit dalam satu serangan ke seberang sempadan seminggu lalu.

Beberapa pegawai Palestin berkata, usaha yang diketuai oleh Mesir untuk membebaskan Shalit diteruskan tetapi menemui jalan buntu disebabkan serangan Israel terhadap wilayah 1.4 juta penduduk itu.

Seorang pegawai yang mengikuti rundingan berkata, perantara akan menggantung penglibatan mereka malam ini jika Hamas enggan bertolak ansur.

“Situasi sekarang begitu rumit tetapi saya masih menaruh harapan penyelesaian akan dicapai secara aman,” kata pegawai kanan kepada Mahmoud, Saeb Erekat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59