Friday, 7 July 2006

MALANG SUNGGUH PENDUDUK TAMBAK PAYA


TAMBAK PAYA, AYER MOLEK 7 JULAI : Sudah jatuh di timpa tangga. Begitulah nasib penduduk Kg Tambak Paya disini apabila sering di timpa masalah yang tidak putus-putus.

Dua minggu selepas masalah gangguan lalat dihadapi penduduk Kampung Tambak Paya, berpunca dari sebuah pusat ternakan diselesaikan pemiliknya, kini timbul pula gangguan bau bahan kimia yang digunakan untuk membunuh serangga berkenaan.

Gangguan bau sejak dua hari lalu bukan saja merunsingkan penduduk malah dikhuatiri boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap kesihatan.

Bagaimanapun, gangguan lalat di kawasan rumah penduduk masih berlaku, tetapi tidak serius berbanding dua minggu lalu.

Seorang penduduk, Goh Ah Meng, 58, berkata masalah bau bahan kimia itu menusuk hidung dan berlaku pada sebelah pagi dan lewat petang.

“Keadaan itu menyebabkan cucu saya yang baru berusia 15 hari sukar bernafas dan saya terpaksa meletakkannya dalam bilik setiap masa.

“Saya mengakui masalah gangguan lalat sudah dapat diatasi selepas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPH) memberi amaran kepada pemilik pusat ternakan itu.

“Bagaimanapun, saya masih menggunakan perangkap lalat,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Sebuah akhbar harian dua minggu lalu melaporkan penduduk kawasan berkenaan mengadu menghadapi masalah gangguan lalat dan bau najis ayam berpunca dari pusat ternakan komersil yang terletak berhampiran rumah mereka.

Berikutan itu, pemilik pusat ternakan itu memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin dengan mendapat khidmat nasihat daripada pakar pemusnah serangga.

Sumber : Hairan Metro

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59