Monday, 10 July 2006

KERUGIAN BANK ISLAM BUKAN DISEBABKAN KES 'SONGLAP' ?


KUALA LUMPUR, 10 Julai -- Kerugian yang dialami oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebanyak RM479.8 juta tahun lepas adalah disebabkan oleh pengurusan kredit yang lemah dalam operasi luar pesisirnya di Labuan, dan bukan oleh sebarang kes 'songlap'. Demikian kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata kerugian itu merupakan satu perkara yang terpencil dan tidak melibatkan operasi dalam negeri bank itu, yang masih mencatatkan keuntungan dalam tahun berkenaan.

"Dengan perubahan yang dibuat pada peringkat pengurusan bank itu di Labuan dan di Semenanjung Malaysia, kerajaan yakin bahawa keadaan seperti ini tidak akan berulang," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) di Dewan rakyat Isnin.

Ekoran dari kerugian yang dialami itu, katanya bank berkenaan mengambil langkah memperkukuhkan urus tadbir korporat bank serta kerangka pengurusan risiko dan kreditnya di Labuan.

Menjawab soalan asal Datuk Raja Ahmad Zainuddin Omar (BN-Larut), beliau berkata bank itu turut mendapat suntikan modal dari pemegang saham yang sedia ada serta dari pelabur lain yang berminat memegang ekuitinya.

Menurutnya suntikan modal Dubai Investment Bank dari Emiriyah Arab Bersatu dan Tabung Haji yang secara bersama mewakili 49 peratus keseluruhan modal Bank Islam akan dapat mengatasi masalah kewangan BIMB tahun lepas, di samping membolehkan bank itu menjangka akan memperolehi keuntungan tahun ini.

Dr Hilmi berkata Tabung Haji yang sekarang memegang 39 peratus modal dalam Bank Islam itu juga wajar dibenarkan untuk mengadakan kaunternya di bank itu bagi memudahkan pelanggannya berurusan.

Tetapi yang memusykilkan kita semua ialah adanya dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa terdapatnya hutang lapuk ratusan juta yang tidak di bayar oleh orang yang ada hubungan dengan meneteri. Perkara ini tidak dijelaskan secara terperinci. Selagi kesangsian ini tidak dileraikan selagi itulah rakyat tidak akan berpuashati.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59