Monday, 10 July 2006

JUAL TUBUH HANYA UNTUK TOP-UP KAD PREPAID





Gambar Hiasan













SEREMBAN 10 JULAI : Nilai maruah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hanyalah kad prabayar telefon bimbitnya. Ini kerana remaja terbabit sanggup menjual tubuhnya untuk mendapatkan wang bagi membeli kad prepaid tersebut. Nampak cerita ini seakan-akan lakonan tetapi itulah hakikat sebenar kejadian yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Remaja terbabit yang masih belajar di sebuah sekolah menengah di bandar ini, dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hotel sekitar negeri ini.

Lebih menjijikkan, dia yang menetap di Sikamat itu mengedarkan sendiri risalah mengenai `perkhidmatannya’ di sekitar kedai dan tempat meletak kereta di Kemayan Square dan Taman AST.

Risalah itu turut disertakan nombor telefon bimbit `bapa ayam’ yang akan berurusan dengan pelanggan berminat mendapat khidmat seks.

Menurut sumber polis, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai pengedaran risalah itu kira-kira jam 2 petang.

Sebaik menerima maklumat itu, beberapa anggota Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seremban, segera melakukan penyamaran bagi mendapatkan bukti kegiatan maksiat itu.

“Anggota D7 yang menyamar meminta dua wanita untuk mendapatkan layanan yang dikatakan dalam risalah itu.

“Selepas beberapa kali membuat penawaran, ‘bapa ayam’ itu bersetuju menghantar dua wanita, seorang warga Russia dan seorang lagi remaja tempatan berusia 16 tahun dengan bayaran RM450,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber itu, remaja itu yang ditanya mengenai `perkhidmatannya’ mengakui dia melakukan `kerja’ itu dengan rela.

Malah, dia mengakui sudah melakukan pekerjaan itu sejak beberapa bulan lalu bagi membeli barang keperluan harian dan menambah kad prabayarnya.

“Siasatan mendapati remaja itu akan mendapat RM80 setiap kali memuaskan nafsu pelanggannya.

“Remaja dan wanita warga Russia itu kemudian dihantar ke IPPD Seremban untuk membantu siasatan. Wanita warga Russia itu pula didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini beberapa minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Hasanuddin Hassan, mengesahkan pihaknya menahan seorang remaja dan wanita warga Russia berusia 20-an kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat.

Inilah diantara ribuan pelajar-pelajar yang sedang dan telah di asuh oleh sistem pendidikan negara kita yang langsung tidak mempunyai jati diri sebagai seorang muslim. Ini yang dapat ditangkap, bagaimana dengan mereka yang masih bebas melakukan perkara yang sama. Semua ini jelas mencerminkan betapa longgar dan gagalnya sistem pendidikan negara yang hanya mementingkan akademik dan kebendaan sahaja tanpa menekankan aspek keagamaan dan jati diri.

Sumber : Hairan Metro

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59