Monday, 17 July 2006

HADAPKAN ISRAEL KE MAHKAMAH ANTARABANGSA - HJ SALAMAT





BUKIT KATIL, 17 Julai - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa pihak-puhak berwajib supaya menyeret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ) atas tindakannya menyerang Lebanon dan Palestin serta membunuh rakyat yang tidak berdosa. Tindakan ini penting untuk diputuskan segera berhubung keangkuhan Israel yang menyerang negara berdaulat tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu Malaysia selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mestilah mengambil tindakan serta merta untuk menghentikan serangan tersebut. Tindakan amarab mesti dilakukan segera. Malah jika Israel berdegil juga OIC mesti mengambil tindakan lebih drastik umpamanya menghentikan penjualan minyak kepada Israel dans sekutu-sekutunya iaitu Amerika, Britain dan Perancis.

"Memandangkan sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa veto untuk membatalkan keputusan Majlis Keselamatan PBB untuk mengecam serangan Israel terhadap rakyat Lubnan, maka Malaysia perlu membantu dengan membawa kes serangan itu ke ICJ untuk menghentikan segera serangan Israel itu," kata Ketua DPP Kawasan Hj Salamat Aman pagi ini.

"Selain itu OIC dan NAM juga mesti berani mengambil tindakan susulan seperti memutuskan hubungan diplomatil, ekonomi dan penjualan minyak bagi negara-negara yang ada minyak." tambah Hj Salamat.

"DPP Kawasan juga menggesa negara OIC mempersiapkan kekuatan ketenteraan untuk memberi amaran kepada Israel. Jika usaha-usaha lain tidak diendahkan oleh Israel. Sudah sampai masanya kita bertindak secara kekerasan kerana sudah puluhan ribu umat Islam di bunuh dan di sembelih oleh Israel" tegas Hj Salamat lagi.

Serangan Israel itu bermula Rabu lepas apabila pejuang Hizbullah yang berpengkalan di Lubnan dilaporkan menahan dua tentera Israel.

Tindakan rejim Zionis menggempur Lubnan itu telah membunuh puluhan orang awam di samping menyebabkan wilayah tersebut terputus hubungan dengan dunia luar.

Sekalipun beberapa kuasa besar seperti Rusia mengecam tindakan rejim Zionis tersebut, Amerika Syarikat dilapor menyifatkan serangan yang dilakukan Israel itu sebagai tindakan mempertahankan diri.

Pengerusi OIC yang juga Perdana Menteri Malaysia, Al-Badawi sebelum ini dikecam hebat kerana langsung tidak prihatin dengan pembunuhan umat Islam di Palestin dan Lebanon. Sehingga kinipun beliau masih belum mengumumkan tindakan sewajarnya yang bakal di ambil keatas Israel.

"Pengerusi OIC dan Imam Al-Hadhari ini seolah-olah seperti kerbau yang di cucuk hidung yang boleh ditarik ke hulu ke hilir oleh tuannya iaitu Amerika" sindir Hj Salamat dengan sinis.

Imam Al-Badawi yang dilaporkan telah kembali ke tanahair Sabtu lalu selepas bercuti diluar negeri. Di saat umat Islam di ratah di Asia Barat beliau dengan senang lenang bercuti dan bersuka ria.

Inilah sifat pemimpin Islam Hadhari.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59