Wednesday, 19 July 2006

HABUAN RM15 BILLION MENANTI KRONI DAN KAKI AMPU


KUALA LUMPUR 19 Julai – Imam Al Badawi Wal Hadhari semalam mengumumkan tender bagi 880 projek pembangunan baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bernilai RM15 bilion yang akan dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat.

Antara projek daripada senarai awal ini termasuk pembinaan lebih daripada 450 sekolah rendah dan menengah, jalan, projek perbekalan air dan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak, Selangor.

Al-Badawi yang juga Menteri Kewangan berkata, projek membina jalan itu adalah dari Padang Besar, Perlis ke Bukit Kayu Hitam, Kedah manakala projek jambatan itu adalah antara Semporna dan Pulau Bum Bum di Sabah.

Bagi menyegerakan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur pula, kerajaan telah menyenaraikan pelaksanaan Fasa 2 bagi laluan dari Jabur ke Kuala Terengganu.

Beliau berkata, tender bagi projek-projek itu, yang merupakan 7.5 peratus daripada nilai keseluruhan RM200 bilion yang diperuntukkan untuk RMK-9, kini sudah sedia untuk dikeluarkan.

Abdullah berkata, beliau akan memantau secara terus pelaksanaan projek-projek berkenaan, di samping memperkenalkan beberapa metodologi pengurusan bagi memastikan projek-projek tersebut mencapai matlamatnya.

‘‘Saya yang mempengerusikan Badan Bertindak Pelaksanaan Negara akan memantau pelaksanaan projek-projek berkenaan,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini.

Hebat sungguh bunyinya Imam Al-Badawi ini. Beliau yakin akan dapat memantau pelaksanaan projek-projek ini. Bagaimana pula dengan pemberian tender, kelulusan tender, kelulusan projek dan sebagainya. Adakah Al-Badawi sanggup dan akan memantaunya kerana kita tahu sebelum ini begitu banyak kes-kes rasuah, salah laku, penyelewengan yang berlaku di depan mata beliau. Tetapi beliau berdiam diri. Malah laporan polis kepada menteri-menteri dan Menteri Besar beliau yang bertong-tong jumlahnnya dan bertahun-tahun lamanya pun tidak di siasat.

Anaknya dan menantunya yang kaya raya pun di depan mata beliau sendiri pun beliau tak mampu siasat dan ambil tindakan. Anaknya bagai sekelip mata menjadi antara orang yang terkaya di Malaysia hanya selepas 2 tahun Imam Al Badawi menjadi Perdana Menteri. Menantunya pula boleh beli saham syarikat sampai jutaan ringgit. Mana dia dapat duit sebanyak itu.

Inilah Imam Al Hadhari yang sedang memerintah kita.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59